20200718 RR1 - minit mesyuarat AJK ke-5

 Tarikh            : 18hb Julai 2020

Waktu            : 10.00am – 11.00am

Tempat          : Pejabat Pengurusan Pentadbiran Red Ruby Apartment

Kehadiran : Encik Lim Chu Beng (5/5), Encik Barathraj (5/5),

                    Encik Mak Hua Chyang (5/5),  

Tidak hadir : Encik Murthy (2/5), Puan Loo Ying Hey (3/5), Encik Hoo Chau Fong (4/5)

Agen Emoltech : Encik Sham

Bil                   : 3 + 1 Orang

No

Perkara

Tindakan

1

Mesyuarat dimulakan oleh Tuan Pengerusi dengan kata-kata aluan.

Makluman

2

Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas

Minit Mesyuarat 06hb Jun 2020 diluluskan.

Pencadang – Encik Mak Hua Chyang

Penyokong – Encik Barathraj

Penyata akaun bagi tahun 2019 dan sebelumnya

Penyata akaun belum disiapkan dan masih dalam process persediaan. Pihak MPSJ telah meminta agar penyata akaun yang diaudit dihantar ke pejabat MPSJ dengan segera. Perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat pada 06hb Jun 2020 dengan emoltech, Puan Zeti berjanji akan menyiapkan penyata akaun tersebut dalam tempoh masa 7 hari selepas mesyuarat ini. Sehingga kini, penyata akaun yang dijanji masih tidak dapat dikemukakan kepada ahli jawatankuasa dan MPSJ.

 Lampu Jalan sekitar Apartment Red Ruby 1

Merujuk kepada perbualan dalam telefon bersama wakil pihak pemaju Sin Heap Lee (Encik Jamrus) dan En Haris, Sin Heap Lee akan mengeluarkankan surat pindah milik kepada MPSJ untuk diserahkan kepada MPSJ bagi penukaran nama bil TNB daripada BPB kepada MPSJ.

Asset Red Ruby Apartment

Pihak Emoltech perlu menyenaraikan aset-aset Red Ruby Apartment di bawah AJK dan menyerahkan sesalinan kepada AJK. Sham berjanji akan menyiapkan senarai tersebut pada 24 Julai 2020.

Senarai Aduan

Merujuk kepada senarai aduan setakat pada 18hb Julai 2020, sebanyak 24 kes diterima (borang 22, tanpa borang 2, borang perlu dikemukakan!).

*Semua aduan wajib menggunakan borang aduan mulai 01 Jun 2020. Aduan tanpa borang tidak akan dilayan.

Jumlah Kes diselesaikan – 9 Kes

Jumlah kes masih dalam penyelesaian – 15 kes

 

 

 

 

 

 

 


Emoltech

 

 

 

 

 

Emoltech / Pn Zetty / Harris

 

 

 

 

Sham

 

 

 

 

 

Sham 

3

Laporan Setiausaha

Bank Account – Public Bank Berhad

Permohonan akaun baru telah diluluskan oleh pihak Public Bank pada 17 Julai 2020. Bekas pengerusi, setiausaha dan bendahari perlu hadir ke bank untuk menandatangani dokumen pentutupan akaun lama. En Sham dan Lim telah memberitahu En Muin, Edward dan Ooi untuk hadir di public bank cawangan Seri Kembangan untuk penutupan akaun lama. Akaun baru telah aktif and pemilik telah diberitahu untuk menggunakan akaun baru semasa membuat bayaran online.

 

MHC/LCB/HCF

 

 

 

 

 

 

4

Laporan Kewangan Oleh Bendahari Bagi Akhir Bulan 30hb June 2020

1. Baki Berbawa Tunai 30/06/2020 = RM 164.00

2. Baki Dalam Bank 30/06/2020 = RM 30,018.70

3. Jumlah Hasil Kutipan 30/06/2020 = RM 41,087.08

4. Jumlah Perbelanjaan 30/06/2020 = RM26,714.15

 

 

HCF / LCB

 

 

5

Pemilik Yang Mempunyai Tunggakan > RM 400 /  Surat Aku Janji

Sebanyak 78 surat peringatan terakhir (Surat Merah) telah dikeluarkan kepada pemilik yang mempunyai tunggakan terlampau iaitu mempunyai tunggakan sebanyak RM400 dan ke atas.

 19 pemilik yang menerima surat berkenaan telah tampil ke pejabat pengurusan untuk membuat bayaran.

8 pemilik yang menerima surat berkenaan telah tampil ke pejabat pengurusan untuk menandatangani SURAT AKU JANJI 2020 bagi melangsaikan hutangnya secara ansuran bulanan kepada pihak pengurusan setelah berbincang dan diluluskan oleh AJK.

 Pemilik yang mempunyai tunggakan sebanyak > RM400 ke atas diberi kelonggaran sehingga 31hb Julai untuk menyelesaikan caj tunggakan sekaligus ataupun secara ansuran.

Senarai Nama para pemilik yang ada tunggakan > RM400 akan dipaparkan di papan kenyataan dan setiap penjuru bersebelahan peti surat setiap blok.

 

 

 

 

 

 

INFO dan tindakan agen pengurusan

6

Membina 2 Bonggol Jalan Di Jalan Indah  2/6

AJK juga bercadang menulis surat kepada pihak MPSJ untuk membuat permohonan membina 2 bonggol jalan di Jalan Indah 2/6 sebelum pintu keluar / masuk kereta ke dalam Red Ruby Apartment. Tujuannya adalah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.

Setiausaha telah email surat berkenaan kepada pihak MPSJ.

Lain -lain perkara - Indah Water Konsortium (IWK)

Proses pengasingan bil pembetungan kepada unit kedai dan penukaran nama dari pihak pengurusan ke pemilik kedai sedang dijalankan. Menurut En Haris / Sham,  perbincangan dengan pihak IWK, pihak IWK akan menghantar Surveyor (Jurukur) untuk membuat bancian, penelitian dan bil pengasingan akan diurus.

 

 

 

MHC

 

 

 

 

Emoltech / Pn Zetty

 

 

7

Kontrak Agen Pengurusan – Emoltech

Kontrak telah dimaterai di Lembaga Hasil Dalam Negeri dan berkuatkuasa pada 01hb Julai 2020 dengan fi RM15,000 sebulan selama dua tahun.

 

 

INFO

8

Mesyuarat Akan Datang

Mesyuarat akan datang ditetapkan pada 5hb September 2020, jam 10.00am di pejabat pengurusan. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat.

 

 

        MHC

Disediakan oleh setiausaha : En Mak Hua Chyang  

Disemak Oleh pengerusi :En Lim Chu Beng

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gambar-kerja baikpulih dinding di enam unit yang masuk air pada awal ogos 2020


Comments

Popular posts from this blog

办理婚姻注册流程

屋子转名给亲人自己办

2019/06/29 -3.5小时安顺河游及观赏百鸟归巢,Bagan Datok, Teluk Intan & Langkap 2天游