20200721 RR1 Kemaskini tunggakan Yuran & Berita Sita Harta


Kemaskini tunggakan yuran pemilik Apartmen Permata Merah 1

Diminta pemilik unit yang ada tunggakan dan masih belum membuat penyelesaian tunggakan yuran segerakan membuat bayaran:

1)     Pada awal bulan Jun 2020, AJK telah mengeluarkan 79 surat tuntutan tunggakan yuran kepada pemilik yang ada tunggakan RM400 ke atas.

2)     Status pada 21/07/2020:
Kategori
Jumlah pemilik
Komen
i)                   Menyelesaikan tunggakan yuran
14
Terima kasih!
ii)                 Membuat bayaran dan baki tunggakan < RM400
17
Sila bayar ikut jadual
iii)               Membuat akujanji dan bayaran secara ansuran
9
Sila bayar ikut jadual
iv)               Membuat bayaran tapi tiada akujanji, baki > RM400
19
Sila bayar min 2 bulan setiap bulan
v)                 Masih belum buat bayaran, baki > RM400
20
Sila bayar segera
vi)               Jumlah
79

3)     Senarai pemilik yang ada jumlah tunggakan RM400 ke atas telah dipapar di papan notis dan dinding di sebelah peti surat untuk semakan.

4)     AJK memberi kelonggaran dan berharap pemilik boleh mengambil kesempatan ini untuk mengelakkan tindakan seterusnya. Ini akan merumitkan situasi, memakan kos dan masa untuk pemilik, agen dan AJK. Kos punggutan tunggakan yuran yang melibatkan proses MPSJ atau mahkamah atau cara yang sesuai akan dibil kepada pemilik berkenaan.

5)     AJK menyeru 20 pemilik unit yang ada tunggakan hadir di pejabat untuk urusan penyelesaian tunggakan yuran sebelum 31/07/2020.

6)     Sekiranya pemilik gagal untuk hadir di pejabat untuk menjelaskan hutang tunggakan yuran, tindakan seterusnya akan diambil.

AJK, Perbadanan Pengurusan Permata Merah Satu @21/07/2020


=======================================================
Berita dipetik dari MyMetro online 18 Julai 2020


Akibat KEGAGALAN menjelaskan tunggakan yuran, harta disita!
Laporan ini berkenaan penyitaan harta di kondominium Pulau Pinang.


WALAUPUN beberapa kali notis baki tertunggak yuran penyelenggaraan diberi sejak Disember 2015, ia tetap tidak diendahkan dua pemilik rumah di kondominium di Jalan Sungai Emas, Batu Feringghi, Georgetown.
Berikutan sikap degil itu, pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium berkenaan mengambil keputusan menyita barangan di dua unit rumah terbabit dengan bantuan Jabatan Pesuruhjaya Bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan polis.
Naib Pengerusi JMB, Khoo Boo Yeang berkata, unit rumah di tingkat satu dan lapan itu tidak pernah menjelaskan yuran penyelenggaraan kira-kira RM200 sebulan sejak hampir lima tahun lalu, yang hingga kini masing-masing berjumlah RM9,802.60 dan RM12,347.87.
Katanya, pelbagai kaedah dilakukan bagi menghubungi pemilik rumah, malah mereka sedia maklum mengenai hutang berkenaan selepas diperintah ke Tribunal Pengurusan Strata pada 2018, namun mereka tidak hadir.
"Pihak JMB tidak tahu alasan sehingga pemilik rumah mengabaikan notis tunggakan berkenaan kerana mereka tidak pernah menghubungi kami.
" Ini usaha terakhir kami iaitu meminta bantuan pihak berkenaan bagi mengeluarkan waran penahanan harta alih supaya memberi pengajaran kepada semua pemilik rumah," katanya, semalam.
Khoo ditemui ketika pelaksanaan operasi berkenaan yang turut dihadiri Pengarah Pesuruhjaya Bangunan MBPP Nik Ariff Long Dir serta peguam, Willie Ong.
Waran penahanan harta alih itu adalah mengikut peruntukan Seksyen 35 Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).
Didapati unit rumah pertama mempunyai penghuni dan pemiliknya yang enggan membuka pintu turut merayu supaya diberi tempoh selama beberapa jam bagi menyelesaikan tunggakan berkenaan.
Di unit rumah kedua pula didapati tidak berpenghuni dan pihak berkuasa terpaksa menggunakan kunci pendua bagi membuka pintu kediaman berkenaan.
Sementara itu, Nik Ariff berkata, barangan dalam rumah terbabit dilabel sebelum disimpan pihak JMB selama 14 hari dan sekiranya pemilik gagal membayar baki tertunggak, barangan berkenaan akan dijual bagi melunaskan hutang.
Katanya, ia adalah kali pertama pihaknya mengeluarkan waran sitaan bagi kes sedemikian.
"Kami dihubungi pihak JMB mengenai masalah berkenaan dan tindakan ini bagi mendapatkan semula tuntutan caj selain membuat tuntutan di mahkamah atau tribunal.
"Kami hanya mengeluarkan waran selain hadir sebagai pemerhati dan proses sitaan dilakukan sepenuhnya pihak JMB," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Julai 2020 @ 10:34 PM

Comments

Popular posts from this blog

办理婚姻注册流程

屋子转名给亲人自己办

2019/06/29 -3.5小时安顺河游及观赏百鸟归巢,Bagan Datok, Teluk Intan & Langkap 2天游