20200718 RR1 - minit mesyuarat AJK ke-5
Tarikh : 18hb Julai 2020
Waktu :
10.00am – 11.00am
Tempat :
Pejabat Pengurusan Pentadbiran Red Ruby Apartment
Kehadiran : Encik Lim Chu Beng (5/5), Encik Barathraj
(5/5),
Encik Mak Hua Chyang (5/5),
Tidak hadir : Encik
Murthy (2/5), Puan Loo Ying Hey (3/5), Encik Hoo Chau Fong (4/5)
Agen Emoltech : Encik Sham
Bil :
3 + 1 Orang
No |
Perkara |
Tindakan |
1 |
Mesyuarat dimulakan oleh Tuan Pengerusi dengan
kata-kata aluan. |
Makluman
|
2 |
Pengesahan
Minit Mesyuarat yang lepas Minit
Mesyuarat 06hb Jun 2020 diluluskan. Pencadang – Encik
Mak Hua Chyang Penyokong – Encik
Barathraj Penyata akaun bagi tahun 2019 dan sebelumnya Penyata akaun belum disiapkan dan masih dalam process
persediaan. Pihak MPSJ telah meminta agar penyata akaun yang diaudit dihantar
ke pejabat MPSJ dengan segera. Perkara ini telah dibangkitkan dalam
mesyuarat pada 06hb Jun 2020 dengan emoltech, Puan Zeti berjanji akan
menyiapkan penyata akaun tersebut dalam tempoh masa 7 hari selepas mesyuarat
ini. Sehingga kini, penyata akaun yang dijanji masih tidak dapat dikemukakan
kepada ahli jawatankuasa dan MPSJ. Merujuk kepada perbualan dalam telefon bersama wakil
pihak pemaju Sin Heap Lee (Encik Jamrus) dan En Haris, Sin Heap Lee akan
mengeluarkankan surat pindah milik kepada MPSJ untuk diserahkan kepada MPSJ
bagi penukaran nama bil TNB daripada BPB kepada MPSJ. Asset Red Ruby Apartment Pihak Emoltech perlu menyenaraikan aset-aset Red Ruby Apartment di bawah AJK dan menyerahkan sesalinan kepada AJK. Sham berjanji akan menyiapkan senarai tersebut pada 24 Julai 2020. Senarai Aduan Merujuk kepada senarai aduan setakat pada 18hb Julai
2020, sebanyak 24 kes diterima (borang 22, tanpa borang 2, borang perlu
dikemukakan!). *Semua aduan wajib menggunakan borang
aduan mulai 01 Jun 2020. Aduan tanpa borang tidak akan dilayan. Jumlah Kes diselesaikan – 9
Kes Jumlah kes
masih dalam penyelesaian – 15 kes |
Emoltech
Emoltech / Pn Zetty / Harris Sham Sham |
3 |
Laporan Setiausaha Bank Account – Public Bank Berhad Permohonan akaun baru telah diluluskan oleh pihak
Public Bank pada 17 Julai 2020. Bekas pengerusi, setiausaha dan bendahari
perlu hadir ke bank untuk menandatangani dokumen pentutupan akaun lama. En
Sham dan Lim telah memberitahu En Muin, Edward dan Ooi untuk hadir di public
bank cawangan Seri Kembangan untuk penutupan akaun lama. Akaun baru telah
aktif and pemilik telah diberitahu untuk menggunakan akaun baru semasa
membuat bayaran online. |
MHC/LCB/HCF |
4 |
Laporan
Kewangan Oleh Bendahari Bagi Akhir Bulan 30hb June 2020 1. Baki
Berbawa Tunai 30/06/2020 =
RM 164.00 2. Baki Dalam
Bank 30/06/2020 = RM
30,018.70 3. Jumlah Hasil
Kutipan 30/06/2020 = RM 41,087.08 4. Jumlah
Perbelanjaan 30/06/2020 = RM26,714.15 |
HCF / LCB |
5 |
Pemilik Yang
Mempunyai Tunggakan > RM 400 /
Surat Aku Janji Sebanyak 78 surat peringatan terakhir
(Surat Merah) telah dikeluarkan kepada pemilik yang mempunyai tunggakan
terlampau iaitu mempunyai tunggakan sebanyak RM400 dan ke atas. 8 pemilik yang menerima surat berkenaan
telah tampil ke pejabat pengurusan untuk menandatangani SURAT AKU JANJI
2020 bagi melangsaikan hutangnya secara ansuran bulanan kepada pihak
pengurusan setelah berbincang dan diluluskan oleh AJK. Senarai Nama para pemilik yang ada tunggakan > RM400 akan dipaparkan di papan kenyataan dan setiap penjuru bersebelahan peti surat setiap blok. |
INFO
dan tindakan agen pengurusan |
6 |
Membina 2 Bonggol Jalan Di Jalan Indah 2/6 AJK juga bercadang menulis surat kepada pihak MPSJ
untuk membuat permohonan membina 2 bonggol jalan di Jalan Indah 2/6 sebelum
pintu keluar / masuk kereta ke dalam Red Ruby Apartment. Tujuannya adalah
untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. Setiausaha telah email surat berkenaan kepada pihak
MPSJ. Lain -lain perkara - Indah Water Konsortium (IWK) Proses pengasingan bil pembetungan kepada unit kedai
dan penukaran nama dari pihak pengurusan ke pemilik kedai sedang dijalankan.
Menurut En Haris / Sham,
perbincangan dengan pihak IWK, pihak IWK akan menghantar Surveyor
(Jurukur) untuk membuat bancian, penelitian dan bil pengasingan akan diurus. |
MHC Emoltech / Pn Zetty |
7 |
Kontrak Agen
Pengurusan – Emoltech Kontrak telah dimaterai di Lembaga Hasil Dalam
Negeri dan berkuatkuasa pada 01hb Julai 2020 dengan fi RM15,000 sebulan
selama dua tahun. |
INFO |
8 |
Mesyuarat Akan
Datang Mesyuarat akan datang ditetapkan pada 5hb September 2020, jam 10.00am
di pejabat pengurusan. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
yang hadir ke mesyuarat. |
MHC |
Disediakan oleh setiausaha : En Mak Hua Chyang
Disemak Oleh pengerusi :En Lim Chu Beng
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Gambar-kerja baikpulih dinding di enam unit yang masuk air pada awal ogos 2020
Comments
Post a Comment