20200721 RR1 Kemaskini tunggakan Yuran & Berita Sita Harta
Kemaskini
tunggakan yuran pemilik Apartmen Permata Merah 1
Diminta pemilik unit yang
ada tunggakan dan masih belum membuat penyelesaian tunggakan yuran segerakan
membuat bayaran:
1)
Pada
awal bulan Jun 2020, AJK telah mengeluarkan 79
surat tuntutan tunggakan yuran kepada pemilik yang ada tunggakan RM400 ke atas.
2)
Status pada 21/07/2020:
Kategori
|
Jumlah pemilik
|
Komen
|
i)
Menyelesaikan
tunggakan yuran
|
14
|
Terima kasih!
|
ii)
Membuat bayaran
dan baki tunggakan < RM400
|
17
|
Sila bayar ikut jadual
|
iii)
Membuat akujanji
dan bayaran secara ansuran
|
9
|
Sila bayar ikut jadual
|
iv)
Membuat bayaran
tapi tiada akujanji, baki > RM400
|
19
|
Sila bayar min 2 bulan setiap bulan
|
v)
Masih belum
buat bayaran, baki > RM400
|
20
|
Sila bayar segera
|
vi)
Jumlah
|
79
|
3)
Senarai
pemilik yang ada jumlah tunggakan RM400 ke atas telah dipapar di papan notis
dan dinding di sebelah peti surat untuk semakan.
4)
AJK
memberi kelonggaran dan berharap pemilik boleh mengambil kesempatan ini untuk
mengelakkan tindakan seterusnya. Ini akan merumitkan situasi, memakan kos dan
masa untuk pemilik, agen dan AJK. Kos punggutan tunggakan yuran yang melibatkan
proses MPSJ atau mahkamah atau cara yang sesuai akan dibil kepada pemilik
berkenaan.
5)
AJK
menyeru 20 pemilik unit yang ada tunggakan hadir di pejabat untuk urusan penyelesaian
tunggakan yuran sebelum 31/07/2020.
6)
Sekiranya
pemilik gagal untuk hadir di pejabat untuk menjelaskan hutang tunggakan yuran,
tindakan seterusnya akan diambil.
AJK, Perbadanan Pengurusan Permata Merah Satu @21/07/2020
=======================================================
=======================================================
Berita dipetik dari
MyMetro online 18 Julai 2020
Akibat KEGAGALAN
menjelaskan tunggakan yuran, harta disita!
Laporan ini berkenaan
penyitaan harta di kondominium Pulau Pinang.
WALAUPUN beberapa kali
notis baki tertunggak yuran penyelenggaraan diberi sejak Disember 2015, ia
tetap tidak diendahkan dua pemilik rumah di kondominium di Jalan Sungai Emas,
Batu Feringghi, Georgetown.
Berikutan sikap degil
itu, pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium berkenaan mengambil
keputusan menyita barangan di dua unit rumah terbabit dengan bantuan Jabatan
Pesuruhjaya Bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan polis.
Naib Pengerusi JMB,
Khoo Boo Yeang berkata, unit rumah di tingkat satu dan lapan itu tidak pernah
menjelaskan yuran penyelenggaraan kira-kira RM200 sebulan sejak hampir lima
tahun lalu, yang hingga kini masing-masing berjumlah RM9,802.60 dan
RM12,347.87.
Katanya, pelbagai
kaedah dilakukan bagi menghubungi pemilik rumah, malah mereka sedia maklum
mengenai hutang berkenaan selepas diperintah ke Tribunal Pengurusan Strata pada
2018, namun mereka tidak hadir.
"Pihak JMB tidak
tahu alasan sehingga pemilik rumah mengabaikan notis tunggakan berkenaan kerana
mereka tidak pernah menghubungi kami.
" Ini usaha
terakhir kami iaitu meminta bantuan pihak berkenaan bagi mengeluarkan waran
penahanan harta alih supaya memberi pengajaran kepada semua pemilik
rumah," katanya, semalam.
Khoo ditemui ketika
pelaksanaan operasi berkenaan yang turut dihadiri Pengarah Pesuruhjaya Bangunan
MBPP Nik Ariff Long Dir serta peguam, Willie Ong.
Waran penahanan harta
alih itu adalah mengikut peruntukan Seksyen 35 Akta Pengurusan Strata 2013
(Akta 757).
Didapati unit rumah
pertama mempunyai penghuni dan pemiliknya yang enggan membuka pintu turut
merayu supaya diberi tempoh selama beberapa jam bagi menyelesaikan tunggakan
berkenaan.
Di unit rumah kedua
pula didapati tidak berpenghuni dan pihak berkuasa terpaksa menggunakan kunci
pendua bagi membuka pintu kediaman berkenaan.
Sementara itu, Nik
Ariff berkata, barangan dalam rumah terbabit dilabel sebelum disimpan pihak JMB
selama 14 hari dan sekiranya pemilik gagal membayar baki tertunggak, barangan
berkenaan akan dijual bagi melunaskan hutang.
Katanya, ia adalah
kali pertama pihaknya mengeluarkan waran sitaan bagi kes sedemikian.
"Kami dihubungi
pihak JMB mengenai masalah berkenaan dan tindakan ini bagi mendapatkan semula
tuntutan caj selain membuat tuntutan di mahkamah atau tribunal.
"Kami hanya
mengeluarkan waran selain hadir sebagai pemerhati dan proses sitaan dilakukan
sepenuhnya pihak JMB," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Julai 2020 @ 10:34 PM
Comments
Post a Comment