Minit Mesyuarat Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Permata Merah Fasa 1 Bagi Kali (4) Tahun 2020



Tarikh            : 06hb Jun 2020
Waktu            : 10.00am – 11.00pm
Tempat          : Pejabat Pengurusan Pentadbiran Red Ruby Apartment
Kedatangan : Encik Lim Chu Beng (4/4), Encik Barathraj (4/4),
                        Encik Hoo Chau Fong (4/4), Encik Mak Hua Chyang (4/4),
                           Puan Loo Ying Hey (3/4)
Tidak hadir   : Encik Murthy (2/4),
Agen Emoltech : Encik Sham (2/3)
Bil                   : 5 + 1 Orang
No
Perkara
Tindakan
1
Mesyuarat dirasmikan oleh Tuan Pengerusi dengan kata-kata aluan.
Makluman
2
Pengesahan Minit Mesyuarat
Minit Mesyuarat 16hb May 2020 diluluskan.
Pencadang – Barathraj
Penyokong – Puan Loo Ying Hey
Perkara C
Penyata akaun bagi tahun 2019 dan sebelumnya
Penyata akaun belum disiapkan dan masih dalam process persediaan. Pihak MPSJ telah meminta agar penyata akaun yang diaudit dihantar ke pejabat MPSJ dengan segera. Pengerusi minta Emoltech untuk mengemukakan penyata akaun yang lengkap secepat mungkin.

Lampu Jalan sekitar Apartment Red Ruby 1
AJK diberitahu oleh En Harris bahawa kawal selia lampu jalan sekitar Apartmen Red Ruby 1 telah dipindah dari pemaju kepada MPSJ dan surat pindah belum dikeluarkan. Pada masa sekarang, TNB masih mengeluarkan bil eletrik kepada BPB, bil bulanan sekitar RM500 sebulan dan bil tertunggak (02 Jan 2020) sekitar RM2,100 belum dibayar. En Harris akan berurusan dengan pihak pemaju Sin Heap Lee (Encik Eddy & Encik Jamrus ) untuk mendapatkan surat pindah dan kemudian berurusan dengan MPSJ dan TNB untuk buat pindahan.

Asset Red Ruby Apartment
Pihak Elmotech perlu menyenaraikan aset-aset Red Ruby Apartment dan menyerahkan sehelai Salinan kepada pihak pengurusan

Senarai Aduan
Jumlah aduan yang diterima oleh pihak pengurusan merujuk kepada list aduan terkumpul setakat pada 31hb May 2020 adalah sebanyak 13 kes.
Selesai – 5 Kes
Aduan Melalui Borang – 10 Kes
Aduan Tanpa Borang – 3 Kes

Jenis-jenis Aduan Yang belum diselesaikan:
a)    Bumbung Bocor – Unit C-4-5, C-4-4
b)   Dinding Masuk Air Bagi Rumah Corner – 6 Unit Rumah ( A-3-1, B-1,8, B-2-8, C-3-9, C-1-16, D-4-1)

Pemilik diminta menjelaskan semua tunggakan yang dikumpul agar kerja baikpulih dapat dijalankan dengan lancar oleh pihak pengurusan.

Pemilik harus melaporkan segala ubahsuaian rumah terutamanya bahagian yang melibatkan tempat awam seperti bumbung, tangga, koridor dan sebagainya kepada pihak pengurusan sebelum kerja ubahsuaian dilakukan. Deposit harus dibayar kepada pihak pengurusan dan akan dikembalikan setelah sampah dari kerja ubahsuaian dilupuskan oleh pemilik.
Sekiranya pemilik membuat pengubahsuaian sendiri tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan, segala kos baikpulih kerosakan di tempat awam harus ditanggung oleh pemilik tersebut.

Pemilik tidak digalakkan membuat pengubahsuaian di dalam unit sendiri kerana ini akan menyukarkan pihak pengurusan pada masa yang akan datang. Contohnya memasang penapis penghalang udara panas atau turbine ventilator di atas bumbung premis pemilik dan merosakkan struktur bumbung dan sebagainya. Kos baikpulih kerosakan perlu ditanggung oleh pemilik.






Emoltech
KIV / Untuk Tindakan Seterusnya




Emoltech / Pn Zetty
KIV / Untuk Tindakan Seterusnya







Sham



3
Laporan Setiausaha
Bank Account – Public Bank Berhad
Semua AJK bersetuju mengekalkan bank yang sedia ada iaitu Public Bank Berhad cawangan Seri Kembangan.
Tiga orang AJK akan menjadi penandatangan bagi urusan bank dan cek iaitu:

Pengerusi (En Lim Chu Beng), Setiausaha (En Mak Hua Chyang) dan Bendahari (En Hoo Chau Fong).
Syarat urusan bank dan cek (condition of signing) – mana-mana dua orang dari tiga orang penandatangan (any two of the three signatories).

Manakala akaun baharu akan dibuka di bank yang sama jika penukaran nama dari BPB (badan pengurusan Bersama) kepada perbadanan pengurusan tidak dibenarkan. Ini akan diurus selepas menerima sijil penubuhan daripada pihak MPSJ.
Membenarkan Pengerusi dan Bendahari mendapat “online view” untuk urusan bank bagi Akaun berkenaan.
Membenarkan Pengerusi dan Bendahari untuk mendapatkan penyata akaun bank melalui emel.
Perkara-perkara berkenaan dengan urusan bank seperti di atas diluluskan oleh AJK sebulat suara.

Sijil Penubuhan – (lama MPSJ/COB SK 0039)
En Harris perlu menulis surat kepada Pejabat Tanah Selepas Perintah Kawalan Perjalanan (PKP).

MHC/LCB/HCF

KIV / UNTUK TINDAKAN SETERUSNYA

















    


       Harris
4
Laporan Kewangan Oleh Bendahari Bagi Akhir Bulan 31hb Mei  2020
1. Baki Berbawa Tunai 31/05/2020 = RM 535.24
2. Baki Dalam Bank 31/05/2020 = RM 12,767.55
3. Jumlah Hasil Kutipan 31/05/2020 = RM 34,732.70
4. Jumlah Perbelanjaan 31/05/2020 = RM25,907.05
Bil-bil belum bayar:             RM40,000  
 i)  Bil TNB :                        RM 13,100
ii)  Bil TNB (Lampu Jalan) : RM 4,600
iii) Bil Syabas :                    RM 7,300
iv) Bil Pengurusan Emoltech (May 2020): RM 15,000





HCF / LCB


5
Perkara Berbangkit :
CCTV
Semak dan aktif semula semua CCTV yang terdapat di dalam kawasan Red Ruby Apartment 1. CCTV yang tidak berfungsi akan diganti atau diperbaiki.



Sham
6
Pemilik Yang Mempunyai Tunggakan > RM 400 /  Surat Aku Janji
Sebanyak 78 surat peringatan terakhir (Surat Merah) telah dikeluarkan kepada pemilik yang mempunyai tunggakan terlampau iaitu mempunyai tunggakan sebanyak RM400 dan ke atas.
19 pemilik yang menerima surat berkenaan telah tampil ke pejabat pengurusan untuk membuat bayaran.
8 pemilik yang menerima surat berkenaan telah tampil ke pejabat pengurusan untuk menandatangani SURAT AKU JANJI 2020 bagi melangsaikan hutangnya secara ansuran bulanan kepada pihak pengurusan setelah berbincang dan diluluskan oleh AJK.

Pemilik yang mempunyai tunggakan sebanyak > RM400 ke atas diberi kelonggaran sehingga 31hb Julai untuk menyelesaikan caj tunggakan sekaligus ataupun secara ansuran.

INFO dan tindakan agen pengurusan
7
a)    Membina 2 Bonggol Jalan Di Jalan Indah  2/6
AJK juga bercadang menulis surat kepada pihak MPSJ untuk membuat permohonan membina 2 bonggol jalan di Jalan Indah 2/6 sebelum pintu keluar / masuk kereta ke dalam Red Ruby Apartment. Tujuannya adalah untuk mengelakkan dari berlakunya kemalangan.

b)   Kebersihan
Pihak pengurusan akan menulis surat kepada Jabatan Kesihatan atau MPSJ untuk membuat fogging di sekitar kawasan Red Ruby Apartment bagi mengelakkan pembiakan dan penyebaran deman denggi.

Pada masa yang sama, pihak pengurusan juga akan mempertimbangkan cara untuk menangani tikus-tikus yang terdapat di sekitar Red Ruby Apartment selain daripada memberi ubat tikus.

c)    Lain -lain perkara - Indah Water Konsortium
Proses pindah milik nama atau penukaran nama dari pihak pengurusan ke pemilik kedai sedang dijalankan


MHC






MHC / Sham










Emoltech / Pn Zetty
8
Kontrak Agen Pengurusan – Emoltech
Satu Mesyuarat Khas telah diadakan di antara AJK dan pihak Emoltech untuk mencapai satu persefahaman Pengursan dan Pengendalian Red Ruby Apartment yang baru. Terma- terma yang dibincangkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak ialah seperti yang berikut;
a)    Caj Pengurusan dikekalkan iaitu sebanyak RM 15,000 sebulan seperti mana dalam kontrak lama.
b)    Tarikh : Mulai 1hb Julai 2020
c)    Tempoh: 2+1 TAHUN sepertimana yang dipersetujui oleh AJK.  






Keputusan / tindakan emoltech

9.
Mesyuarat Akan Datang
Mesyuarat akan datang ditetapkan pada 18hb Julai 2020, jam 10.00am di pejabat pengurusan. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat.


        MHC


Disediakan Oleh:                                                                 Disemak Oleh:



……………………………                                                    ………………………………….
Encik Mak Hua Chyang                                                      Encik Lim Chu Beng
Setiusaha                                                                              Pengerusi

Comments

Popular posts from this blog

办理婚姻注册流程

屋子转名给亲人自己办

2019/06/29 -3.5小时安顺河游及观赏百鸟归巢,Bagan Datok, Teluk Intan & Langkap 2天游