Minit Mesyuarat Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Permata Merah 1 Bagi Kali (1) Penggal 2020
Tarikh :
11hb Januari 2020
Masa : 2.00pm – 3.00pm
Tempat :
Pejabat Perbadanan Pengursan Red Ruby Apartment 1
Kehadiran :
Encik Lim Chu Beng (1/1), Encik Barathraj (1/1),
Encik Hoo Chau Fong (1/1),Encik Mak Hua Chyang (1/1),
Encik Murthy (1/1), Puan Loo Ying Hey (1/1)
Pemerhati :Encik Azan, Encik Harris (Agen Emoltech)
Bil :
6 + 2 Orang
No
|
Perkara
|
Tindakan
|
1
|
Mesyuarat dimulakan oleh Tuan Pengerusi dengan
kata-kata aluan dan sedikit sebanyak penerangan mengenai Akta Pengurusan
Strata (Akta 757). Menurut Tuan Pengerusi, minit Mesyurat AGM Pangsapuri
Merah Pertama harus disahkan dan ditandatangani oleh pihak pemaju dan
pengerusi seperti mana yang termaktub dalam Akta 757. AJK perlu meneliti
Jadual Kedua Akta 757 untuk memahami tentang tugas dan tanggungjawab AJK
dalam menjalankan tugas-tugasnya.
|
Makluman
|
2
|
Pengesahan
Minit Mesyuarat Agong pada 04/01/2020
Merujuk kepada
draf Mesyuarat Agung Tahunan Pertama;
Perkara A
(Yuran
Penyelengaraan)
Meletakkan nama penuh dan unit kediaman bagi semua
keputusan bagi pihak pencadang dan penyokong samada dari unit kediaman
mahupun unut kedai.
(Caj Insuran)
Begitu juga dengan keputusan caj insuran yang
dicadangkan. Pada masa yang sama, jadual harga bagi unit perumahan dan kedai
juga harus diletak untuk kefahaman semua.
Perkara B
(Akaun
Pangsapuri Permata Merah Satu)
Akaun bagi Pangapuri Permata Merah Satu tidak
disediakan dari tahun 2008 sehingga 2019, oleh itu AJK memberitahu bahawa akaun
harus disedia dan disahkan oleh juruaudit JMB yang sedia ada untuk membuat
semakan. Pihak JMB perlu melengkapkan segala perakaunan sebelum menyerahkan
kepada Perbadanan Pengurusan Permata Merah Satu yang baharu.
Perkara C
(Penambahbaikan
House Rule)
Meletakkan nama-nama pencadang dan juga menyatakan
jenis kutipan hasil di belakang setiap unit harga. Contohnya penalti,
deposit)
(Majlis
perkahwinan atau kematian)
Mesyuarat agong telah memutuskan bahawa majilis
kematian tidak boleh dijalankan di Kawasan boulevard. Oleh itu, Pengerusi mencadangkan
untuk menggunakan tapak depan di dewan MPSJ di sebelah padang bola keranjang.
Pengeruisi akan membawa perkara ini untuk dibincangkan dengan Encik Tong –
Kaunselor Zon JKP 21 (Taman Universiti Indah) tentang kegunaan tapak tersebut
sebab tapak itu di bawah kelolaan MPSJ.
(Rak Kasut Di
Luar Rumah)
Cadangan untuk meletakkan 1 rak kasut standard
sahaja di luar kawasan rumah.
(Kawasan
Parking Motorsikal)
Agen pengurusan akan membuat banci bilangan motorsikal
yang terdapat di Red Ruby Apartment. Selepas itu, cadangan untuk memberi kad
masuk akan dipertimbangkan.
Motorsikal
Lama
Agen pengurusan harus mengambil gambar
motorsikal-motorsikal yang tidak dipakai dan memaparkan gambar tersebut di
papan kenyataan. Tempoh masa selama 14 hari notis akan diberi, sekerinya
pemilik tidak memaklumkan kepada pejabat pengurusan. Pihak pengurusan akan
membuat laporan polis dan seterusnya meminta pihak MPSJ untuk membantu dalam
menyelesaikan masalah ini.
(Planter Box)
Puan Loo ditugaskan untuk menjaga Planter Box. Kertas
cadangan untuk mencantikkan atau mengurus planter box akan dibentangkan
kepada AJK pada mesyuarat yang akan datang.
(Menyimpan Barang-barang lusuh dan lama)
Encik Murthy ditugaskan untuk menguruskan perkara
ini. Pihak MBPJ dan polis akan dijemput sekiranya diperlukan.
|
Emoltech
Emoltech
Emoltech
Emoltech
Emoltech
/ LCB
Emoltech
Emoltech
Emoltech
Puan
Loo
Encik
Murthy
|
3
|
Premium
Insurance
Merujuk kepada laporan agen pengurusan, Insuran
bangunan sudah lama tidak diinsurankan sejak dari bulan Jun 2019 lagi kerana
ramai pemilik tidak menjelaskan bayaran tunggakan dan baki di bank tidak
mencukupi. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan ini akan menyebabkan
bangunan Red Ruby Apartment 1 berada dalam risiko yang tinggi sekiranya
berlaku kebakaran.
Agen pengurusan akan berbincang dengan syarikat
Insuran untuk mendapatkan sebutharga yang baharu. AJK baharu akan meneliti
sebutharga yang baharu dan setuju untuk mendapatkan insuran secepat mungkin
sekiranaya kutipan tungakan dapat disegerakan..
|
Emoltech
|
4
|
Kumpulan Whatsaps
(Group)
AJK mencadangkan satu kumpulan whatsaps dibentuk
untuk membolehkan pihak AJK dan Pengurusan menyampaikan maklumat kepada para
pemilik Red Ruby Apartment 1. Agen Pengurusan harus menyediakan number
telefon setiap pemilik kepada AJK pada mesyuarat yang akan datang.
|
Emoltech
& Encik Barathraj
|
5
|
Kewangan
Pengerusi meminta agen pengurusan memberi segala
maklumat kewangan yang sedia ada untuk dibuat semakan dan penilaian. Satu
mesyuarat khas akan diadakan untuk membincangkan perkara ini.
|
Encik
Lim Chu Beng
|
6
|
Kontrak Agen
Pengurusan – Emoltech
En Azan memberitahu bahawa kontrak agen pengurusan telah tamat dan
syarikatnya mengurus dengan tiada kontrak yang sah. Pengerusi minta En Azan
berikan salinan kontrak yang lama dan hal ini akan dibincang oleh AJK yang
baharu.
|
Encik Azan / Emoltech
|
7
|
Mesyuarat akan
datang
Mesyuarat akan datang ditetapkan pada 15hb Februari
2020, jam 2:00pm di pejabat pengurusan. Pengerusi mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat
|
Encik Mak Hua Chyang
|
Disediakan
Oleh: Disemakkan
oleh:
…………………………… ………………………..
Encik
Mak Hua Chyang Encik
Lim Chu Beng
Setiausaha
Pengerusi
Comments
Post a Comment