Surat terbuka kepada pemilik-pemilik unit Apartmen Permata Merah Satu
Mesyuarat Agung Tahunan & Penubuhan Perbadanan Pengurusan Latar Belakang Pangsapuri Permata Merah Satu atau dikenali sebagai Apartment Red Ruby 1 mempunyai empat blok iaitu Blok A , Blok B , Blok C dan juga Blok D . Jumlah keseluruhan unit di Pangsapuri Permata Merah Satu ialah 256 unit iaitu 224 buah unit rumah kediaman dan 32 buah unit kedai. Pada 28hb Desember 2019 , satu Mesyuarat Agung Pertama Penubuhan Perbadanan Pengurusan Permata Merah Satu telah diadakan. Namun demikian, bilangan pemilik yang hadir dan layak mengundi tidak mencukupi syarat yang termaktub dalam Akta Pengurusan Strata (Akta 757). Sehubungan itu, mesyuarat ini telah ditundakan ke 4hb Januari 2020. Pada 4hb Januari 2020 , Mesyuarat Agung Pertama Penubuhan Pengurusan (MC) yang ditundakan telah berjaya diadakan. J usteru itu, satu Perbadanan Pengurusan Permata Merah Satu ( Management Corporation ) telah dibentuk. Ahli-ahli jawatankuasa juga telah dipilih pada masa yang sama untuk me...