Pengurusan akaun tertunggak pemilik-pemilik unit apartmen dan kedai


Pengurusan akaun tertunggak pemilik-pemilik unit apartmen dan kedai & peruntukan di bawah seksyen 78, Akta Pengurusan Strata (Akta 757)

1. Semua pemilik unit apartmen dan kedai wajib membayar semua caj termasuk kos penyelenggaraan, sinking fund, kos insuran premium bagi bangunan, caj interest tunggakan, penalti, kos-kos pembaikpulih yang dikongsi bersama dan kos-kos yang diluluskan oleh mesyuarat agung tahunan.

2.  INVOIS: Invois tahunan menyatakan bayaran bulanan dikeluarkan sekali setahun pada Januari tahun baru dan invois tambahan untuk caj-caj lain termasuk caj bekalan air, penalti, caj interest, caj insuran akan dikeluarkan bila caj wujud dan dibilkan kepada pemilik unit. Bayaran bulanan dan invois tambahan perlu dibayar dalam masa 14 hari selepas invois dikeluarkan. Kegagalan membayar dalam tempoh yang ditetapkan dan jumlah tunggakan akan dicaj interest dengan kadar 10% setahun seperti yang termaktub dalam akta 757.

3.  NOTIS 1NOTIS TUNTUTAN BAYARAN: Jika pemilik unit apartmen dan kedai gagal membayar semua caj dan tunggakan bagi setiap unit melebihi TIGA BULAN atau melebihi nilai RM400, notis tuntutan bayaran akan dikeluarkan kepada pemilik unit apartmen dan kedai.

4.    NOTIS 2BORANG 20: Jika pemilik unit kedai dan apartmen gagal membuat bayaran dan menyelesaikan tunggakan dalam masa 14 hari dari notis tuntutan bayaran, notis akhir (borang 20) akan dikeluarkan kepada pemilik unit apartmen dan kedai.

5.    NOTIS COB – Pengeluaran Notis Peringatan Tunggakan Caj: Jika pemilik unit apartmen dan kedai gagal membuat bayaran dan menyelesaikan tunggakan dalam masa 14 hari, permohonan ke Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPSJ untuk mengeluarkan notis COB kepada pemilik unit apartmen dan kedai.

6.    TRIBUNAL PROSES MAHKAMAH: Jika pemilik unit kedai dan apartmen gagal membuat bayaran dan menyelesaikan tunggakan dalam masa 14 hari dari notis COB, akan difail ke COB untuk mendapat perintah mahkamah tribunal. Segala kos berkenaan dengan pengurusan mahkamah tribunal termasuk kos pendaftaran kes akan ditanggung oleh pemilik berkenaan. Kos tersebut akan dicaj ke akaun pemilik.

7.    Notis-notis akan dikeluarkan kepada pemilik yang ada tunggakan.

8.   Notis-notis mesti disampaikan kepada pemilik seperti berikut dan bukti panyampaian notis disimpan:
a)   Serahan tangan - notis diserah kepada pemilik sendiri
b)    Pos surat berdaftar ke alamat yang terakhir dalam rekod sistem
c)    Menampal notis di depan unit pemilik

9.  Cara Penyelesaian / Borang Akujanji - Jika pemilik hadir di pejabat pengurusan untuk bincang cara penyelesaian tunggakan dan setuju untuk bayar secara ansuran bulanan. Minta pemilik isi borang akujanji dengan lengkap. Borang yang siap diisi akan disemak dan diluluskan oleh pengerusi atau wakilnya. Pemilik akan diberitahu tentang keputusan permintaan bayaran secara ansuran. Rujuk kepada tatacara di bawah.

10.Bayaran Ansuran Bulanan - Selepas menandatangani borang akujanji dan mendapat kelulusan pihak pengurusan, pemilik wajib membuat bayaran ansuran secara bulanan seperti yang dijanjikan. Jika pemilik gagal menepati akujanji yang dibuat, pihak pengurusan berhak mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk proses perundangan.

Tatacara Surat Akujanji Untuk Bayaran Ansuran Oleh Pemilik
i) Jika pemilik menyelesaikan tunggakan yang ada, tiada tindakan lanjutan.
ii)   Jika pemilik datang ke pejabat, berbincang dan meminta tunggakan dibayar secara ansuran bulanan, beri borang akujanji untuk diisi dan ditandatangan oleh pemilik.
iii) Ansuran perlu dibayar secara bulanan dengan syarat kos bulanan semasa perlu dibayar dulu / pada masa yang sama.
iv)   5% dari jumlah tertunggak atau minimum RM100 sebulan, mengikut mana yang tinggi, perlu dibayar secara ansuran untuk jumlah yang tertunggak
v)  Jika pemilik tidak mampu bayar seperti (iii) atau / dan (iv), pemilik berkenaan perlu cadangkan jumlah yang boleh dibayar setiap bulan dan akan dirujuk kepada Pengerusi untuk kelulusan.

Merujuk kepada seksyen 78, Akta Pengurusan Strata (Akta 757):
Mana-mana pemilik yang, tanpa alasan yang munasabah, tidak mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen 78(i), melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagiannya kesalahan berterusan selepas disabitkan.

根据分层地契管理法令第78条(法令757):
任何公寓业住,在没有适当的理由下,没有付还在管理委会在第78(i)法令下发出追收欠款通知,是犯了刑事法,一旦定罪,可以被罚款不超过马币5000坐牢不超过三年两者兼施。如果被定罪后还继续犯法,将被法庭罚款每天马币50直到解决为止。

Comments

Popular posts from this blog

办理婚姻注册流程

屋子转名给亲人自己办

2019/06/29 -3.5小时安顺河游及观赏百鸟归巢,Bagan Datok, Teluk Intan & Langkap 2天游