Berita Apartmen Permata Merah Satu dari AJK 红宝石公寓1管理快讯– 01/05/2020


Setelah tiga bulan AJK Perbadanan Pengurusan dibentuk pada 04 Jan 2020, saya selaku pengerusi ingin memberitahu pemilik unit tentang perkembangan terkini.

Ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik seperti berikut;

Pengerusi           : Encik Lim Chu Beng        
Naib Pengerusi : Encik Baratharaj Thevar
Setiausaha         : Encik Mak Hua Chyang
Bendahari          : Encik Hoo Chau Fong
AJK                     : Encik Murthy A/L Subramanian
                             : Puan Loo Ying Hey

Analisis dan status perkara-perkara bagi bulan Jan – Mar 2020:

a)   Perkara-perkara yang telah / sedang dijalankan:
i)             Insuran bangunan diaktifkan mulai 01.03.2020
ii)            Papan notis dibersihkan dan notis-notis baharu ditampal
a.   Minit mesyuarat AGM dan AJK
b. Senarai pemilik yang ada tunggakan
c.Jadual pembersihan dan waktu pejabat
iii) Caj pembetungan tertunggak sejumlah RM66,000 bagi 32 unit kedai telah dimasukkan ke akaun Badan Pengurusan.
a.   Notis memberitahu unit kedai telah dikeluarkan oleh AJK
b.   Indah Water dimaklumkan tentang notis kepada pemilik
c.   Butir-butir 32 unit kedai telah diberi kepada Indah Water
d.Bil pembetungan 32 unit kedai sedang diuruskan oleh Indah Water
iv)       Kumpulan Whatsaps dibentuk untuk berkomunikasi dengan pemilik
v) Kaedah pengurusan kewangan diluluskan oleh AJK untuk tindakan agen pengurusan
vi) Kaedah pengurusan tunggakan diluluskan oleh AJK untuk tindakan agen pengurusan
vii) Borang aduan diaktifkan semula untuk pemilik mengisi bila membuat aduan tentang pengurusan, kebersihan, sampah, keselamatan dan lain-lain hal berkenaan dengan apartmen
 
b)   Perkara-perkara yang masih dalam proses diselesaikan:
i)       Sijil Perbadanan Pengurusan belum dikeluarkan oleh pejabat tanah Petaling
ii)      Surat pengesahan AGM dari MPSJ belum diterima
iii)   Akaun bank baharu belum dibuka kerana kelewatan mendapat Sijil Perbadanan Pengurusan
iv)    Surat memindah tanggungjawab jalan lampu dari pemaju Sin Heap Lee kepada MPSJ belum dikeluarkan. Caj tertunggak TNB bagi jalan lampu berjumlah RM3,600 belum diselesaikan.
v)  Kerja membaikpulih yang menelan kos yang tinggi tidak dapat dijalankan kerana kekurangan wang dan tiada sinking fund.
vi) Jumlah tunggakan dari pemilik sehingga 31.03.2020 adalah sekitar RM300,000 termasuk caj interest. Notis-notis tuntutan bayaran tunggakan sedang dikeluarkan kepada pemilik dan tindakan susulan akan diambil termasuk perintah penyitaan dari mahkamah tribunal.

c)   Setiap bulan, anggaran kutipan 100% (semua unit bayar):
Caj Maintenance                    RM21,540
Sinking fund                                   2,336
Jumlah                                    RM23,876

d)   Anggaran perbelanjaan bulanan:
Agen pengurusan Emoltech RM15,000
TNB                                                6,000
Syabas (selepas caj pemilik)            500
Bekalan pejabat termasuk TM          500
Kos baikpulih                                2,000
Jumlah                                   RM24,000

Jumlah kutipan bulanan 100% tidak cukup membiayai jumlah perbelanjaan. Sinking fund terpaksa diguna walaupun kegunaan sinking fund tertakluk kepada had dalam Akta 757!

e)   Sehingga 31.03.2020, jumlah kutipan – termasuk kutipan tunggakan, bayaran maintenance tahun 2020, caj air, insuran.

Perbelanjaan – agen pengurusan Emoltech, bil air, TNB, insuran, kos baikpulih, bekalan pejabat dan lain-lain.

Bulan           kutipan       perbelanjaan (RM)
Jan             25,494       22,502
Feb            26,131       33,146 (termasuk insuran bangunan)
Mar            25,147       28,786 (bayar tunggakan TNB 5000+ utk elak potong)
Jumlah       76,772       84,434

f)     Bank / tunai pada 01.01.2020                  RM    14,288
Jumlah kutipan sehinnga 31.03.2020               76,772
Jumlah perbelanjaan sehingga 31.03.2020      84,434-
Baki / tunai pada 31.03.2020                             6,626

g)   Bagi tempoh Jan-Mar 2020, anggaran jumlah kutipan 100% = RM23,876 x 3 = RM71,628
Jumlah kutipan sebenar untuk Jan-Mar 2020 = RM38,628
Peratus kutipan = 38,628 / 71,628 = 54%
Tunggakan bagi Jan – Mar 2020 berjumlah RM33,000 dari 150 unit pemilik yang belum bayar / bayar lewat.

Kutipan keseluruhan RM76,772 termasuk kutipan tunggakan, kutipan Jan-Mar 2020, kutipan bayaran advance, kutipan caj air.

h) Tunggakan dari tahun 2008 sehingga 31.12.2019 ialah RM263,779. Caj interest bagi tahun 2019 atas tunggakan ialah sekitar RM57,0000. Jumlah tunggakan sehingga 31.03.2020 RM300,000.

i)     Invois yang belum dibayar 31/03/2020: RM41,600
i)             Bil TNB                                            – RM17,200
ii)            Bil TNB (Untuk Lampu Jalan)      – RM3,600
iii)          Bil Syabas                                       – RM5,800
iv)          Bil Emoltech (agen pengurusan)bulan Mar 2020–RM15,000

Kerjasama Pemilik Unit Ada Tunggakan
AJK menyeru semua pemilik unit yang ada tunggakan memberikan kerjasama yang sewajarnya dengan membayar tunggakan dengan kadar segera agar masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.

AJK juga merakamkan terima kasih kepada pemilik yang bayar on time / advance dan harap pemilik meneruskan pembayaran mengikut jadual demi memudahkan pengurusan apartmen kita.

“KITA BERUSAHA SAMA-SAMA UNTUK TINGKATKAN KUALITI HIDUP DI APARTMEN KITA”

limchubeng
Pengerusi, En Lim Chu Beng
01/05/2020

红宝石公寓1简报快讯

在首三个月,委员会已处理了一些事项,看(a)事项清单。关于还在处理中的事项,看(b)事项清单。
(c) 每月大约需收管理费RM21,540 + Sinking fund RM2,336 RM23,876
(d) 每月大约费用:
i) Emoltech 管理费(+清洁,保安)RM15,000
ii) 电费(共用空间,停车场,办公室)   6,000
iii) 水费扣除住户水费                                   500
iv)办公室费用+电话费                                  500
v)维修费                                                     2,000
vi)总共费用                                        RM24,000 (管理费不够支付费用!)
(e) 首三个月的收入支出表:
月份            收入            支出 (RM)
一月            25,494       22,502
二月            26,131       33,146 (包还火险)
三月            25,147       28,786 (TNB5,000欠款,暂时避过割电)
总共            76,772       84,434
(f)      银行存款/现金01.01.2020              RM    14,288
首三个月收入 31.03.2020                         76,772
          首三个月支出 31.03.2020                        84,434-
          银行存款/现金 31.03.2020                       6,626
(g) 首三个月收取今年管理费RM38,628。约150位业主还没付清首三个月管理费共RM33,000
首三个月共收取RM76,772 包括往年欠款,今年管理费,水费等。
(h) 2008年至31.03.2020,部份业主共欠款约RM300,000
(i)需付还费用 31/03/2020: RM41,600
a) 电费                               – RM17,200
         b)   电费 (路灯)                    – RM3,600
         c)   水费                               – RM5,800
         d)   Emoltech 三月份管理费–RM15,000

委员会已向欠款业主发出追收欠款通知书。如果业主还没付还,委员会将向MPSJ COB仲裁庭申请查封产业令

委员会呼吁欠款的业主尽快付还所欠的管理费!您的合作将可改善本公寓管理和提升我们的生活素质!谢谢各位业主的合作!

Comments

Popular posts from this blog

办理婚姻注册流程

屋子转名给亲人自己办

2019/06/29 -3.5小时安顺河游及观赏百鸟归巢,Bagan Datok, Teluk Intan & Langkap 2天游