Prosedur Operasi Standard Pengurusan Wang Tunai

Red Ruby Apartment 1 Management Corporation

Lampiran 1

Prosedur Operasi Standard Pengurusan Wang Tunai
– Hasil Kutipan Dan Perbelanjaan

A)  Hasil Kutipan Wang Tunai Dan Cek
1.    Resit mesti dikeluarkan untuk semua kutipan tunai dan cek dengan segera.
2.    Semua kutipan tunai selepas bayaran tunai dan cek perlu dimasukkan ke dalam bank akaun bpb pada hari kedua. Tunai digenapkan ke RM10 terdekat dimasukkan, baki kurang dari RM10 dibawa dan dicampur kepada kutipan hari kedua.
3.    Resit kemasukan wang dan cek mesti difotokopi dan difail di pejabat urusan pada hari kedua.

B)  Pembayaran Wang Tunai Dan Cek
4. Semua bayaran tunai bagi invois dengan nilai kurang dari RM200 bagi gunakan kutipan wang tunai pada hari berkenaan. Jika tiada invois, penerima mesti tandatangan dan tulis nama / No KP / No paspot di baucar bayaran. Baucar bayaran berserta invois perlu disediakan untuk kelulusan pengerusi.
5. Semua bayaran tunai dengan nilai RM200 ke atas perlu mendapat kelulusan pengerusi sebelum bayaran atau kerja boleh dimulakan. Baucar bayaran berserta invois perlu disediakan untuk kelulusan pengerusi sebelum cek ditandatangan dan dibayar.
6. Semua bayaran dengan nilai RM500 ke atas perlu menggunakan cek dan mendapat kelulusan pengerusi sebelum bayaran atau kerja boleh dimulakan. Baucar bayaran berserta invois perlu disediakan untuk kelulusan pengerusi sebelum cek ditandatangan dan dibayar.

C)   Pengurusan wang tunai dan aliran wang masuk / keluar akaun bank
7. Satu excel Buku Tunai dan carta aliran wang masuk dan keluar secara tunai ataupun bank perlu disediakan untuk semakan Bendahari dan Pengerusi.
8. Buku Tunai perlu disediakan pada hari ketiga selepas bulan akhir dan satu salinan diberi kepada Bendahari dan Pengerusi.
9. Selepas menerima penyata bank bulanan pada tengah bulan, buat pelarasan yang perlu dan cash book yang muktamad bagi bulan tersebut disediakan dan salinan diberi kepada Bendahari dan Pengerusi pada hari ketiga.
10.Jika terdapat kesilapan dan ketidakseimbangan di antara cash book dan penyata bank, perlu berbincang dengan Bendahari dan Pengerusi untuk menyelesaikannya.


Nota Penting
i)             Untuk dilaksanakan selepas mesyuarat pada 15/2/2020 dan mengganti arahan sementara digunakan pada 14/01/2020

Comments

Popular posts from this blog

办理婚姻注册流程

屋子转名给亲人自己办

2019/06/29 -3.5小时安顺河游及观赏百鸟归巢,Bagan Datok, Teluk Intan & Langkap 2天游