Minit Mesyuarat Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Permata Merah Fasa 1 Bagi Kali (2) Tahun 2020

Tarikh            : 15hb Februari 2020
Waktu            : 2.00pm – 3.30pm
Tempat          : Pejabat Pengurusan Pentadbiran Red Ruby Apartment
Kedatangan : Encik Lim Chu Beng (2/2), Encik Barathraj (2/2),
                        Encik Hoo Chau Fong (2/2), Encik Mak Hua Chyang (2/2),
Tidak hadir   : Encik Murthy (1/2), Puan Loo Ying Hey (1/2)
Agen Emoltech       : Encik Harris (2/2)
Bil                   : 4 + 1 Orang

No

Perkara

Tindakan
1
Mesyuarat dirasmikan oleh Tuan Pengerusi dengan kata-kata aluan.
Makluman
2
Pengesahan Minit Mesyuarat
Minit Mesyuarat 11hb Januari 2020 diluluskan.
Pencadang – Barathraj
Penyokong – Hoo Chau Fong
Perkara C
(Majlis perkahwinan atau kematian)
En Lim telah berbincang dengan En Thong (Ahli Majllis MPSJ) dan En Thong akan berbincang dengan pihak MPSJ berkenaan penggunaan Kawasan lapang di depan pejabat bersebelahan dengan padang bola keranjang Zhong Yuan untuk majlis kematian.  

Motorsikal Lama
Perkara ini ditundakan dan akan dibangkitkan semula di mesyuarat yang akan datang.
(Planter Box)  
Perkara ini ditundakan dan akan dibangkitkan semula di mesyuarat yang akan datang.
(Menyimpan Barang-barang lusuh dan lama)
Perkara ini ditundakan dan akan dibangkitkan semula di mesyuarat yang akan datang

WhatSaps Group
Elmotech sedang dalam proses menyediakan maklumat-maklumat terkini untuk Encik Barathraj untuk membentuk semula kumpulan WhatSaps.

Penyata akaun bagi tahun 2019 dan sebelumnya
Penyata akaun belum disiapkan dan masih dalam process persediaan. Pihak MPSJ telah meminta agar penyata akaun yang diaudit dihantar ke pejabat MPSJ dengan segera. Pengerusi minta Emoltech untuk mengemukakan penyata akaun yang lengkap secepat mungkin.




Elmotech / LCB  






KIV


KIV



KIV



Elmotech & Encik Barathraj

Harris

3
Laporan Setiausaha
Minit mesyuarat harus dilengkapkan dalam tempoh masa 21 hari selepas mesyuarat diadakan.
Bank Account – Public Bank Berhad
Semua AJK bersetuju mengekalkan bank yang sedia ada iaitu Public Bank Berhad cawangan Seri Kembangan.
Tiga orang AJK akan menjadi penandatangan bagi urusan bank dan cek iaitu:
Pengerusi (En Lim Chu Beng), Setiausaha (En Mak Hua Chyang) dan Bendahari (En Hoo Chau Fong).
Syarat urusan bank dan cek (condition of signing) – mana-mana dua orang dari tiga orang penandatangan (any two of the three signatories).
Manakala akaun baharu akan dibuka di bank yang sama jika penukaran nama dari BPB (badan pengurusan Bersama) kepada perbadanan pengurusan tidak dibenarkan. Ini akan diurus selepas menerima sijil penubuhan daripada pihak MPSJ.
Membenarkan Pengerusi dan Bendahari mendapat “online view” untuk urusan bank bagi Akaun berkenaan.
Membenarkan Pengerusi dan Bendahari untuk mendapatkan penyata akaun bank melalui emel.
Perkara-perkara berkenaan dengan urusan bank seperti di atas diluluskan oleh AJK sebulat suara.

Sijil Penubuhan – (lama MPSJ/COB SK 0039)
En Harris akan menghubungi Encik Eddy (wakil Sin Heap Lee) untuk mendapatkan Sijil Penubuhan dan menghubungi pegawai MPSJ untuk surat pengesahan.




MHC/LCB/HCF




















Harris
4
Laporan Kewangan Oleh Bendahari Bagi Akhir Bulan Januari 2020
1. Baki Berbawa Tunai 01/01/2020 = 1,580.61
2. Baki Dalam Bank 31/12/19 = 12,707.45
3. Jumlah Hasil Kutipan = 25,494.68
4. Jumlah Perbelanjaan = 22,502.80
5. Baki Dalam Bank 31/01/2020 = 14,952.61
6. Baki Dalam Tunai = 2,327.33
Bagi bulan Februari = 1-15 Feb 2020
1. Jumlah Hasil Kutipan = 12,971.72
2. Jumlah Perbelanjaan = 148.50
3. Baki Dalam Bank = 30,074.74 (Anggaran)
4. Baki Dalam Tunai est 28.4 (Angaran)
Prosedur Operasi Standard Pengurusan Wang Tunai –
Hasil Kutipan Dan Perbelanjaan dan Pengurusan Akaun Tertunngak
Pengerusi mengemukakan dua prosedur untuk pertimbangan AJK bagi melicinkan pentadbiran pejabat pengurusan. AJK meluluskan dua prosedur ini.
Prosedur ini akan dilaksanakan mulai 17hb Februari 2020.
Rujuk kepada Lampiran 1 dan Lampiran 2.


HCF















Keputusan
Emoltech / Harris
5
Insuran Bangunan dengan nilai RM21.76 juta
Tiga sebutharga telah diperolehi iaiatu AXA (RM9,774.62), STM (RM9,236.01) dan Berjaya Sompo (RM21,548.21). Hasil perbincangan, semua AJK yang hadir bersetuju membeli insuran daripada syarikat Insuran yang baru iaitu AXA.
Pengerusi dan En Harris akan berurusan dengan agen insuran AXA untuk mendapatkan insuran dari 01/03/2020 sehingga 28/02/2021.
Pemilik unit yang telah bayar insuran caj bagi tempoh 06/06/2019 sehingga 05/06/2020 tidak perlu lagi bayar caj insuran ini.
Pemilik unit yang belum bayar caj insuran perlu membayar insuran caj seperti bil yang telah dikeluarkan.


Keputusan




LCB / Harris


Nota


Harris
4
 Lampu Jalan sekitar Apartmen Red Ruby 1
AJK diberitahu oleh En Harris bahawa kawal selia lampu jalan sekitar Apartmen Red Ruby 1 telah dipindah dari pemaju kepada MPSJ dan surat pindah belum dikeluarkan. Pada masa sekarang, TNB masih mengeluarkan bil eletrik kepada BPB, bil bulanan sekitar RM500 sebulan dan bil tertunggak (02 Jan 2020) sekitar RM2,100 belum dibayar. En Harris akan berurusan dengan pihak pemaju Sin Heap Lee ( Encik Eddy & Encik Jamrus ) untuk mendapatkan surat pindah dan kemudian berurusan dengan MPSJ dan TNB untuk buat pindahan.

Harris
5
Pengasingan Bil IWK 66K Kepada 32 Unit Kedai
IWK telah menghantar surat bertarikh 17/01/2020 kepada BPB menyatakan bahawa maklumat yang diperlukan untuk pengasingan bil belum diberi oleh BPB dan jumah nilai tertunggak untuk 32 unit kedai sehingga Sep 2019 adalah sekitar RM66,000. AJK telah memutuskan dan meluluskan bahawa pengasingan bil perlu dijalankan segera dan maklumat yang diperlukan akan diberi.
Pihak Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Permata Merah 1 akan bekerjasama dan membantu pihak IWH dengan mengeluarkan notis memberitahu pemilik kedai tentang pengasingan bil IWH kepada 32 unit kedai.





Keputusan


Harris
6
Kontrak Agen Pengurusan – Emoltech
Pada mesyuarat pertama, Encik Azan memaklumkan bahawa kontrak agen pengurusan telah tamat dan syarikatnya mengurus Pangsapuri Permata Merah 1 dengan tiada kontrak yang sah. Pengerusi meminta En Azan memberikan satu Salinan kontrak yang lama dan hal ini akan dibincangkan oleh AJK yang baharu.
15/2 - Encik Azan belum memberi kontrak yang lama.


Encik Azan / Emoltech
7
Waktu Pejabat
Encik Harris dan Encik Sham telah mengemukakan kepada AJK untuk menimbang tentang pertukaran waktu pejabat disebabkan Encik Sham perlu mengambil masa keluar untuk mengambil anak lepas sekolah. AJK bincang dan meluluskan jadual waktu yang baru. Berikut merupakan jadual waktu yang baru;
Setiap Isnin, Selasa dan Khamis
Waktu Bekerja – 9.00am – 1.00pm
Waktu Rehat – 1.00pm – 2.30pm
Waktu Bekerja – 2.30pm – 5.00pm
Setiap Rabu
Waktu Bekerja – 9.00am – 3.00pm
Setiap Jumaat
Waktu Bekerja – 9.00am – 12.00pm
Waktu Rehat – 12.00pm – 2.30pm
Waktu Bekerja – 2.30pm – 5.00pm
Setiap Sabtu
Waktu Bekerja – 9.00am – 1.30pm
Notis akan dikeluarkan dan dimuat ke papan tanda berkenaan penukaran waktu pejabat






Keputusan












Harris
8
Mesyuarat Akan Datang
Mesyuarat akan datang ditetapkan pada 14hb March 2020, jam 11.00am di pejabat pengurusan. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat.


MHC

Disediakan Oleh:                                                                 Disemak Oleh:




……………………………                                                    ………………………………….
Encik Mak Hua Chyang                                                      Encik Lim Chu Beng
Setiusaha                                                                              Pengerusi 

Comments

Popular posts from this blog

办理婚姻注册流程

屋子转名给亲人自己办

2019/06/29 -3.5小时安顺河游及观赏百鸟归巢,Bagan Datok, Teluk Intan & Langkap 2天游