Surat terbuka kepada pemilik-pemilik unit Apartmen Permata Merah Satu


Mesyuarat Agung Tahunan & Penubuhan Perbadanan Pengurusan

Latar Belakang
Pangsapuri Permata Merah Satu atau dikenali sebagai Apartment Red Ruby 1 mempunyai empat blok iaitu Blok A, Blok B, Blok C dan juga Blok D. Jumlah keseluruhan unit di Pangsapuri Permata Merah Satu ialah 256 unit iaitu 224 buah unit rumah kediaman dan 32 buah unit kedai.


Pada 28hb Desember 2019, satu Mesyuarat Agung Pertama Penubuhan Perbadanan Pengurusan Permata Merah Satu telah diadakan. Namun demikian, bilangan pemilik yang hadir dan layak mengundi  tidak mencukupi syarat yang termaktub dalam Akta Pengurusan Strata (Akta 757). Sehubungan itu, mesyuarat ini telah ditundakan ke 4hb Januari 2020.


Pada 4hb Januari 2020, Mesyuarat Agung Pertama Penubuhan Pengurusan (MC) yang ditundakan telah berjaya diadakan. Justeru itu, satu Perbadanan Pengurusan Permata Merah Satu ( Management Corporation ) telah dibentuk. Ahli-ahli jawatankuasa juga telah dipilih pada masa yang sama untuk menjawat jawatan dalam Perbadanan Pengurusan. Pihak pemaju Sin Heap Lee bertangungjawab untuk mendaftarkan Perbadanan Pengurusan yang baharu dilantik dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Ahli-ahli jawatankuasa yang baharu dilantik adalah seperti yang berikut;

Pengerusi           : Encik Lim Chu Beng        
Naib Pengerusi : Encik Baratharaj Thevar
Setiausaha         : Encik Mak Hua Chyang
Bendahari          : Encik Hoo Chau Fong
AJK                     : Encik Murthy A/L Subramanian
                             : Puan Loo Ying Hey

Untuk makluman, selepas pendaftaran dibuat, Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang sedia ada akan dibubarkan. Semua transaksi akaun dan dokumen yang dikendalikan akan diserahkan kepada Perbadanan Pengurusan ( MC ) yang baharu.

Sehubungan itu, ahli-ahli jawatankuasa juga telah mengadakan mesyuarat yang pertama pada 11hb Januari 2020. Pada masa yang sama, Pengerusi dan Bendahari juga telah mengadakan perbincangan dengan agen pengurusan Emoltech pada 13hb dan 18hb Januari 2020 mengenai pengendalian dan pengurusan kewangan khasnya hasil kutipan dan perbelanjaan berkaitan dengan pangsapuri kita.

Unit-unit Rumah dan Kedai Yang Mempunyai Tunggakan Pembayaran
Hasil daripada perbincangan ahli-ahli jawatankuasa, AJK sebulat suara dan ingin memaklumkan kepada semua pemilik unit rumah dan kedai di Pangsapuri Permata Merah 1 mengenai status kewangan semasa, tunggakan dan juga cara penyelesaiannya.

i)             Tunggakan Bagi Tahun 2019
Sehingga 20hb Januari 2020, sebanyak 145 buah unit rumah dan kedai masih mempunyai tunggakan dan belum melunaskan pembayaran bil pengurusan. Jumlah wang yang tertunggak adalah sekitar RM 65,000.00

ii)           Tunggakan Bagi Tahun 2008 sehingga Tahun 2018
Sehingga 20hb Januari 2020, sebanyak 101 buah unit rumah dan kedai masih mempunyai tunggakan dan belum melunaskan pembayaran bil pengurusan. Jumlah wang yang tertunggak adalah sekitar RM 165,000.00

Perbelanjaan Tetap Atau Invois -invois Yang Belum Dibayar

Untuk MAKLUMAN dan PERHATIAN para pemilik rumah dan kedai Pangsapuri Permata Merah 1, oleh kerana terlalu ramai pemilik yang tidak menjelaskan bil pengurusan dan menyebabkan tunggakan kutipan dari 2008 hingga 2019 sebanyak RM 230,000.00.

Sehubungan itu, banyak perbelanjaan tetap dan invois -invois tidak dapat dijelaskan pada masa yang ditetapkan. Untuk kefahaman, jumlah invois-invois yang masih belum dibayar sehingga 31hb Desember 2019 ialah sebanyak RM 66,000.00.

i)             Baki Dalam Bank Sehingga 31/12/2019 – RM12,707.45

ii)            Bil TNB Sehingga 02/01/2020 - Tunggakan sebanyak 16,731.88 + Caj Semasa 5,564.06 = RM22,295.94

iii)          Bil TNB Sehingga 02/01/2020 (Untuk Lampu Jalan) – Tunggakan sebanyak 1,583.60 + Caj semasa 516.95 = RM2,100.55

iv)          Bil Syabas Sehingga 22/12/2019 – Tunggakan 2,451 + Caj Semasa 2,139 = RM4,590

v)           Bil Emoltech (agen pengurusan) bulan Dec 2019 – RM15,260

vi)          Insuran Bangunan – RM22,000 setahun (anggaran)

vii)        Pembaikpulihkan dan Bekalan Pejabat – RM2,000 sebulan (anggaran)

Akibat dan Risiko Tinggi
Untuk makluman semua, oleh kerana keengganan, kelewatan dan kelalaian sesetengah pemilik Pangsapuri Permata Merah 1 untuk menjelaskan bil pengurusan mengikut jadual waktu yang ditetapkan. maka bangunan kita akan mengalami risiko yang sangat tinggi seperti masalah-masalah yang berikut;

-      Bekalan elektrik di Kawasan awam seperti parkir kereta, Boulevard, kawasan tangga dan bekalan air akan berisiko tinggi untuk dipotong pada bila-bila masa sahaja.

-      Insuran Bangunan sudah lama tamat tempoh, sehubungan itu, semua bangunan di Pangsapuri Permata Merah 1 ( Blok A, Blok B, Blok C dan Blok D ) tidak diinsurankan sejak bulan Jun 2019 lagi disebabkan kekangan kewangan. Ini bermakna bangunan kita berada dalam RISIKO YANG AMAT TINGGI termasuk semua pemilik unit rumah dan kedai. Sekiranya sebarang kebakaran berlaku di mana-mana blok atau unit, segala kerugian adalah ditanggung oleh pemilik unit. Syarikat insuran tidak akan membayar sebarang ganti rugi kerana bangunan ini tidak diinsurankan.

Kerjasama Pemilik Unit Yang Tertunggak
Sehubungan itu, AJK baharu ingin menyeru semua pemilik unit memberikan kerjasama yang sewajarnya dengan membayar tunggakan anda dengan kadar segera agar masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.

Sekiranya pemilik unit yang mempunyai tunggakan yang agak membebankan terutamanya tunggakan dari tahun 2008 sehingga tahun 2019, pemilik berkenaan boleh memaklumkan keadaan mereka kepada pejabat pengurusan untuk berbincang dengan AJK baharu bagi menangani masalah berkenaan.

Senarai tunggakan akan dipamerkan di papan tanda dan dinding dekat peti surat di blok-blok berkenaan.

AJK baharu mengharapkan tunggakan dapat dikutip dengan cepat, kami akan membayar premium insuran bangunan dan melunaskan invois-invois yang tertunggak dengan kadar segera.
AJK baharu amat berharap semua pemilik unit yang mempunyai tunggakan dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya untuk membuat pembayaran di pejabat pengurusan dengan kadar segera.

Tindakan Susulan
Sekiranya pemilik yang mempunyai tunggakan enggan membayar dan memberikan kerjasama, perkara ini akan dibawa dan dirujukkan kepada jabatan pesuruhjaya bangunan (COB – Commissioner of Building) dan tribunal di MPSJ untuk tindakan selanjutnya.

AJK baharu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemilik unit yang tidak mempunyai tunggakan dan berharap tabiat baik ini akan diteruskan. Pada masa yang sama, kami berharap kalian boleh bersabar dan memberi sedikit masa untuk pemilik yang mempunyai tunggakan untuk melunaskan tunggakan mereka demi kesejahteraan dan keharmonian bersama sebagai jiran tetangga.

AJK baharu juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada agen pengurusan Emoltech dan Badan Pengurusan Bersama atas usaha mereka untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada semua pemilik rumah dan kedai.

“JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

limchubeng
Pengerusi, En Lim Chu Beng
31/01/2020

Comments

Popular posts from this blog

办理婚姻注册流程

屋子转名给亲人自己办

2019/06/29 -3.5小时安顺河游及观赏百鸟归巢,Bagan Datok, Teluk Intan & Langkap 2天游