Minit Mesyuarat Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Permata Merah 1 Bagi Kali (1) Penggal 2020


Tarikh            : 11hb Januari 2020
Masa             : 2.00pm – 3.00pm
Tempat          : Pejabat Perbadanan Pengursan Red Ruby Apartment 1
Kehadiran    : Encik Lim Chu Beng (1/1), Encik Barathraj (1/1),
  Encik Hoo Chau Fong (1/1)Encik Mak Hua Chyang (1/1),
  Encik Murthy (1/1), Puan Loo Ying Hey (1/1)
Pemerhati     Encik Azan, Encik Harris Agen Emoltech
Bil                   : 6 + 2 Orang

No

Perkara

Tindakan

1
Mesyuarat dimulakan oleh Tuan Pengerusi dengan kata-kata aluan dan sedikit sebanyak penerangan mengenai Akta Pengurusan Strata (Akta 757). Menurut Tuan Pengerusi, minit Mesyurat AGM Pangsapuri Merah Pertama harus disahkan dan ditandatangani oleh pihak pemaju dan pengerusi seperti mana yang termaktub dalam Akta 757. AJK perlu meneliti Jadual Kedua Akta 757 untuk memahami tentang tugas dan tanggungjawab AJK dalam menjalankan tugas-tugasnya.




Makluman
2
Pengesahan Minit Mesyuarat Agong pada 04/01/2020
Merujuk kepada draf Mesyuarat Agung Tahunan Pertama;
Perkara A
(Yuran Penyelengaraan)
Meletakkan nama penuh dan unit kediaman bagi semua keputusan bagi pihak pencadang dan penyokong samada dari unit kediaman mahupun unut kedai.

(Caj Insuran)
Begitu juga dengan keputusan caj insuran yang dicadangkan. Pada masa yang sama, jadual harga bagi unit perumahan dan kedai juga harus diletak untuk kefahaman semua.

Perkara B
(Akaun Pangsapuri Permata Merah Satu)
Akaun bagi Pangapuri Permata Merah Satu tidak disediakan dari tahun 2008 sehingga 2019, oleh itu AJK memberitahu bahawa akaun harus disedia dan disahkan oleh juruaudit JMB yang sedia ada untuk membuat semakan. Pihak JMB perlu melengkapkan segala perakaunan sebelum menyerahkan kepada Perbadanan Pengurusan Permata Merah Satu yang baharu.

Perkara C
(Penambahbaikan House Rule)
Meletakkan nama-nama pencadang dan juga menyatakan jenis kutipan hasil di belakang setiap unit harga. Contohnya penalti, deposit)

(Majlis perkahwinan atau kematian)
Mesyuarat agong telah memutuskan bahawa majilis kematian tidak boleh dijalankan di Kawasan boulevard. Oleh itu, Pengerusi mencadangkan untuk menggunakan tapak depan di dewan MPSJ di sebelah padang bola keranjang. Pengeruisi akan membawa perkara ini untuk dibincangkan dengan Encik Tong – Kaunselor Zon JKP 21 (Taman Universiti Indah) tentang kegunaan tapak tersebut sebab tapak itu di bawah kelolaan MPSJ.

(Rak Kasut Di Luar Rumah)
Cadangan untuk meletakkan 1 rak kasut standard sahaja di luar kawasan rumah.

(Kawasan Parking Motorsikal)
Agen pengurusan akan membuat banci bilangan motorsikal yang terdapat di Red Ruby Apartment. Selepas itu, cadangan untuk memberi kad masuk akan dipertimbangkan.

Motorsikal Lama
Agen pengurusan harus mengambil gambar motorsikal-motorsikal yang tidak dipakai dan memaparkan gambar tersebut di papan kenyataan. Tempoh masa selama 14 hari notis akan diberi, sekerinya pemilik tidak memaklumkan kepada pejabat pengurusan. Pihak pengurusan akan membuat laporan polis dan seterusnya meminta pihak MPSJ untuk membantu dalam menyelesaikan masalah ini.

(Planter Box)  
Puan Loo ditugaskan untuk menjaga Planter Box. Kertas cadangan untuk mencantikkan atau mengurus planter box akan dibentangkan kepada AJK pada mesyuarat yang akan datang.

(Menyimpan Barang-barang lusuh dan lama)
Encik Murthy ditugaskan untuk menguruskan perkara ini. Pihak MBPJ dan polis akan dijemput sekiranya diperlukan.




Emoltech




Emoltech





Emoltech







Emoltech





Emoltech / LCB








Emoltech



Emoltech




Emoltech








Puan Loo





Encik Murthy

3
Premium Insurance
Merujuk kepada laporan agen pengurusan, Insuran bangunan sudah lama tidak diinsurankan sejak dari bulan Jun 2019 lagi kerana ramai pemilik tidak menjelaskan bayaran tunggakan dan baki di bank tidak mencukupi. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan ini akan menyebabkan bangunan Red Ruby Apartment 1 berada dalam risiko yang tinggi sekiranya berlaku kebakaran.

Agen pengurusan akan berbincang dengan syarikat Insuran untuk mendapatkan sebutharga yang baharu. AJK baharu akan meneliti sebutharga yang baharu dan setuju untuk mendapatkan insuran secepat mungkin sekiranaya kutipan tungakan dapat disegerakan..  


Emoltech
4
Kumpulan Whatsaps (Group)
AJK mencadangkan satu kumpulan whatsaps dibentuk untuk membolehkan pihak AJK dan Pengurusan menyampaikan maklumat kepada para pemilik Red Ruby Apartment 1. Agen Pengurusan harus menyediakan number telefon setiap pemilik kepada AJK pada mesyuarat yang akan datang.


Emoltech & Encik Barathraj
5
Kewangan
Pengerusi meminta agen pengurusan memberi segala maklumat kewangan yang sedia ada untuk dibuat semakan dan penilaian. Satu mesyuarat khas akan diadakan untuk membincangkan perkara ini.


Encik Lim Chu Beng
6
Kontrak Agen Pengurusan – Emoltech
En Azan memberitahu bahawa kontrak agen pengurusan telah tamat dan syarikatnya mengurus dengan tiada kontrak yang sah. Pengerusi minta En Azan berikan salinan kontrak yang lama dan hal ini akan dibincang oleh AJK yang baharu.

Encik Azan / Emoltech
7
Mesyuarat akan datang
Mesyuarat akan datang ditetapkan pada 15hb Februari 2020, jam 2:00pm di pejabat pengurusan. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat

Encik Mak Hua Chyang

Disediakan Oleh:                                         Disemakkan oleh:


……………………………                            ………………………..
Encik Mak Hua Chyang                              Encik Lim Chu Beng
Setiausaha                                                    Pengerusi

Comments

Popular posts from this blog

办理婚姻注册流程

屋子转名给亲人自己办

2019/06/29 -3.5小时安顺河游及观赏百鸟归巢,Bagan Datok, Teluk Intan & Langkap 2天游