20201115 Berita 4: Perbadanan Pengurusan Permata Merah Satu (PPPM1) dari AJK
Berita 4: Perbadanan Pengurusan Permata Merah Satu (PPPM1) dari AJK
AJK PPPM1 yang dibentuk sejak 04 Jan 2020 telah menjalankan tugas selama sepuluh bulan, dengan kerjasama pemilik-pemilik unit dan agen pengurusan Emoltech, AJK ingin melaporkan perkembangan dari bulan Sep ke 15 Nov berkenaan dengan pentadbiran PPPM1.
a)
Perkara-perkara
yang telah siap dijalankan:
i)
Bil
tunggakan air telah dibayar sepenuhnya.
ii)
Satu
tong sampah besar (1500 liter – RM1,450) telah dibeli untuk mengganti tong
sampah besar yang rosak di bilik sampah di antara blok C & D pada
27/10/2020.
iii)
Pelaksanaan
borang kad akses bagi tempat letak kereta tingkat bawah mulai 27/10/2020, semua
pemilik perlu mendaftar.
iv)
Pelaksanaan
borang pindah rumah (keluar/masuk) bagi penghuni apartmen mulai 27/10/2020
v)
Pelaksanaan
borang kerja renovasi rumah / kedai bagi pemilik apartmen mulai 27/10/2020
b)
Perkara-perkara
yang masih dalam proses diselesaikan:
i) Bil tunggakan eletrik bagi jalan lampu sehingga bulan Okt 2020 adalah
sekitar RM5,420. Setelah menghubungi pemaju SHL dan MPSJ beberapa kali, surat
pindah tugas dari pemaju SHL kepada MPSJ belum dikeluarkan. Dengan itu, AJK
telah membuat keputusan untuk menutup akaun TNB bagi jalan lampu atas nama BPB
Permata Merah 1 (entiti lama) dan tunggakan bil akan diselesaikan kelak. Surat
penutupan akaun jalan lampu telah dihantar kepada pejabat TNB.
ii)
Proses
penukaran nama bagi bil Air Selangor masih dalam proses diuruskan.
iii)
Proses
penukaran nama dan menukar ke pakej yang lebih rendah bagi bil unifi TM masih
dalam proses diuruskan.
iv)
Penyata
akaun tahun 2019 dan tahun sebelumnya – AJK telah meminta Emoltech sebagai agen pengurusan dari tahun 2008
sehingga kini mengemukakan penyata-penyata tahun yang lepas dan invois-invois
berkenaan.
v) Status bayaran yuran
sehingga 31/10/2020 bagi 256 unit:
Kategori |
Jumlah pemilik |
Komen |
i)
Membuat bayaran penuh atau bayaran “advance” |
116 |
Terima kasih! |
ii)
Membuat bayaran dan baki tunggakan < RM400 |
85 |
Sila
bayar ikut jadual |
iii)
Baki tunggakan > RM400 |
55 |
Rujuk
(v) di bawah |
iv)
Jumlah pemilik (i) – (iii) |
256 |
|
v)
Analisis kategori (iii) |
|
|
a.
Membuat akujanji dan bayaran secara ansuran |
9 |
Sila
bayar ikut jadual |
b.
Membuat bayaran tapi tiada akujanji |
13 |
Sila bayar min 2 bulan setiap bulan |
c.
Membuat bayaran sebahagian / bil air |
13 |
Surat tuntutan akan dikeluarkan |
d.
Masih belum buat bayaran |
20 |
Surat tuntutan akan dikeluarkan |
*Senarai pemilik yang ada
tunggakan RM400 dan ke atas telah dipapar di papan notis. Sila pemilik hadir di
pejabat pengurusan untuk membuat bayaran segera.
c)
Status
kewangan dari 01.01.2020 sehingga 31.10.2020 (anggaran):
Bulan kutipan perbelanjaan (RM)
Jan-Mar 76,165 84,434
Apr-Jun 102,400 78,463
Jul-Sep 78,205 77,735
Okt 25,656 25,614
Lain-lain
712 -
Jumlah 283,138 266,246
d)
Bank
/ tunai pada 01.01.2020 RM
14,288
Jumlah
kutipan sehingga 31.10.2020 283,138
Jumlah
perbelanjaan sehingga 31.10.2020 266,246-
Anggaran Baki
/ tunai pada 31.10.2020 31,180
e)
Invois yang belum dibayar 2/11/2020: RM28,118
i)
Bil TNB 2/11/2020 –
RM4,724
ii)
Bil TNB (Untuk Lampu Jalan) – RM5,419 (akaun ditutup
30/10)
iii)
Bil Syabas – RM2,172
iv)
Bil Emoltech (agen pengurusan)bulan Okt 2020–RM15,000
v)
Bil IWK - RM2,785
vi)
Bil TM - RM190
f)
Perkara-perkara yang perlu diurus oleh pemilik
apartmen
i)
Geran unit apartmen – sekiranya pemilik belum
mendapatkan geran, pemilik perlu mengurus dengan segera kerana dengan
pembentukan Perbadanan Pengurusan (PPPM1) pemaju Sin Heap Lee tidak lagi
menjadi sebahagian dari AJK. Kelewatan untuk mengurus geran unit apartmen akan menjadi
lebih rumit pada masa depan dengan kos tinggi.
ii)
Migrasi air meter dari PPPM1 ke Air Selangor
AJK mendapati dari 256 unit (224 rumah + 32 kedai),
jumlah 118 unit (105 rumah + 13 kedai) belum memohon untuk migrasi air meter.
AJK meminta pemilik berkenaan menghubungi pejabat pengurusan untuk urusan
migrasi.
AJK mendapati 8 pemilik unit belum menjelaskan tunggakan caj air berjumlah RM2,603 pada 31/10/2020 bagi tahun 2019 dan sebelumnya.
iii)
Caj pembetungan Indah Water Konsortium (IWK)
Dengan penyelesaian caj pembetungan 32 unit kedai
menerima invois tunggakan dari IWK, AJK ingin memberitahu bahawa isu caj pembetungan
telah diselesaikan. Sekiranya pemilik rumah dan kedai tidak menerima invois atau
ada sebarang isu, pemilik perlu berurusan dengan IWK untuk penyelesaian.
iv)
Pelaksanaan Cukai Petak sejak tahun 2018
Dengan pelaksanaan cukai petak mengganti cukai tanah,
invois cukai petak dikeluarkan oleh pejabat tanah Petaling kepada pemilik unit.
Sekiranya pemilik tidak menerima invois dan tidak ada invois lama, pemilik
boleh menyemak dengan pejabat pengurusan untuk mendapatkan salinan invois lama (jika
ada) bagi membolehkan pemilik membuat bayaran secara dalam talian atau membuat
pertanyaan di pejabat tanah Petaling.
AJK mendapati 17 pemilik apartmen belum menjelaskan cukai tanah
sebelum tahun 2018 dengan PPPM1 berjumlah RM1,827 pada 31/10/2020.
v)
Cukai Pintu
Invois cukai pintu dikeluarkan oleh Majlis
Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dua kali setahun iaitu bulan Januari dan Julai.
Pemilik perlu membuat bayaran kepada MPSJ.
vi)
Insuran Bangunan
Merujuk kepada Akta Pengurusan Strata (Akta 757),
semua bangunan apartmen wajib diinsurankan dengan insuran kebakaran.
Dimaklumkan bahawa insuran baru telah dibeli pada 1 Mar 2020 sehingga 28 Feb
2021. AJK sedang berurusan dengan agen insuran untuk mengkaji nilai bangunan
yang perlu diinsurankan bagi tahun berikutnya.
AJK mendapati 35 pemilik unit apartmen belum menjelaskan caj insuran tertunggak dengan
PPPM1 berjumlah RM10,150 pada 31/10/2020.
vii)
Yuran bulanan
Merujuk kepada Akta Pengurusan Strata (Akta 757),
PPPM1 telah dibentuk dan kerja-kerja pengurusan, pembersihan, baikpulih,
kawalan keselamatan dan sebagainya adalah dikawal selia oleh AJK yang dipilih
dari semua pemilik yang cukup syarat untuk menghadiri mesyuarat agong tahunan.
Sejak tahun 2008, Emoltech telah dilantik oleh BPB
sebagai agen pengurusan dan kontraknya telah disambung selama dua tahun pada
Jun 2020. Fi bulanan RM15,000 dibil oleh agen pengurusan kepada PPPM1.
Dengan itu, pemilik unit wajib untuk membayar yuran
bulanan yang diluluskan oleh mesyuarat agong tahunan.
AJK mendapati 32 pemilik unit apartmen belum menjelaskan yuran bulanan tertunggak berjumlah RM114,511 pada 31/10/2020 bagi tahun 2019 dan sebelumnya.
Seruan AJK:
Dengan itu, AJK menyeru pemilik yang ada tunggakan yuran bulanan, caj insuran, cukai tanah, bil
air membuat bayaran di pejabat pengurusan dengan
segera. AJK juga menyediakan pakej bayaran secara
ansuran bulanan sekiranya pemilik tidak dapat membayar tunggakan sekali
gus. Ini akan mengurangkan beban hutang pemilik dan juga mengelakkan AJK untuk
mengambil tindakan seterusnya yang akan memakan masa dan wang yang banyak bagi
pemilik, agen pengurusan dan AJK PPPM1.
g)
Bajet yuran bulanan yang diekstrak dari servis
dokumen pada tahun 2008 dan perbandingan dengan kutipan dan perbelanjaan semasa
Jan-Sep 2020
Bajet perbelanjaan yang dicadangkan
dengan kadar 10 sen kaki per segi sebagai permulaan untuk yuran bulanan pada
tahun 2008 dengan pembentukan JMB/BPB (Joint Management Body / Badan Pengurusan
Bersama).
Bajet
Tahunan 2008: purata kos sebulan RM23,791
Pengurusan, penyelenggaraan,
pembersihan
dan keselamatan –
RM181,288 (63.50%)
Utiliti (TNB) –
RM72,800 (25.50%)
Sampah pukal –
RM2,855 (1.00%)
Petty cash –
RM5,710 (2.00%)
Sinking fund –
RM22,839 (8.00%)
Jumlah
–
RM285,492 (100.00%)
Perbelanjaan
semasa : Jan - Sep 2020 (9 bulan) –purata sebulan RM23,355
Pengurusan, penyelenggaraan,
pembersihan
dan keselamatan –
RM135,260 (64.35%)
Utiliti (TNB) –
RM62,057 (29.52%)
Kos baikpulih –
RM8,416 (4.00%)
Bekalan pejabat / dll –
RM4,463 (2.12%)
Jumlah
–
RM210,196 (100%)
Anggaran kutipan
semasa adalah sekitar 80% iaitu RM23,791 x80%=RM19,032
Purata perbelanjaan
semasa jauh lebih tinggi dari kutipan semasa. Oleh itu, defisit ini dibiayai
melalui kutipan tunggakan hutang dan sinking fund.
Memandangkan bajet
pada tahun 2008 tidak lagi dapat memenuhi perbelanjaan semasa dan penggunaan
wang sinking fund tidak mengikut akta 757 walaupun kutipan 100% dari pemilik,
AJK akan membuat cadangan kadar baru untuk dibentangkan di mesyuarat agong
depan untuk mendapat kelulusan.
h)
Status Borang Aduan yang diterima – 31/10/2020
Jumlah aduan diterima =
62
Jumlah aduan
diselesaikan =
34
Jumlah aduan dalam
proses penyelesaian = 28
AJK menyeru agar semua pemilik membuat bayaran mengikut jadual / awal supaya agen pengurusan dibayar
dan akan menjalankan tugas dengan lancar.
“KITA
BERUSAHA SAMA-SAMA UNTUK TINGKATKAN KUALITI HIDUP DI APARTMEN KITA”
Pengerusi Perbadanan Pengurusan Permata Merah 1
15/11/2020
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
红宝石公寓1简报快讯4:
至今年十月,本管委会委员已上任十个月。各单位业主和管理公司的配合,我们已处理了一些重要事项。关于已处理好的事项和在处理中的事项,请参阅以上国文版(a)和(b)的部份。
(c) 首十个月的收入支出表:
月份 收入 支出
(RM)
一月至三月 76,165 84,434
四月至六月 102,400 78,463
七月至九月
78,205 77,735
十月
25,656 25,614
其他 712 -
总共 283,138 266,246
(d) 银行存款/现金01.01.2020 RM 14,288
首十个月收入 31.10.2020 283,138
首十个月支出 31.10.2020 266,246-
银行存款/现金 31.10.2020 31,180
(e) 至02/11/2020需付还账单: RM28,118
i)
电费 02/11/2020 – RM4,724
ii) 电费 (路灯) – RM5,419 (户口已关31/10)
iii) 水费 – RM2,172
iv) Emoltech 十月份管理费–RM15,000
v) IWK - RM2,785
vi) TM -
RM190
(f) 业主须注意事项
请参阅国文版(f)部份。
(g)
2008年定管理费事项和今年首九个月收支比较
请参阅国文版(g)部份。
(h) 投诉表格报告 (维修,保安,清洁等):31/10/2020
收到表格 :62
已处理表格 :34
在处理表格 :28
管委会呼吁业主们定期/预先付还管理费,以便管委会有能力付还管理公司的账单,使管理公司更能有效的管理本公寓!
我代表管委会向各位业主的合作至于万二分谢意!
红宝石1管委会主席 (2020/11/15)
Comments
Post a Comment