Pengurusan akaun tertunggak pemilik-pemilik unit apartmen dan kedai
Pengurusan akaun tertunggak
pemilik-pemilik unit apartmen dan kedai & peruntukan di bawah seksyen 78,
Akta Pengurusan Strata (Akta 757)
1. Semua
pemilik unit apartmen dan kedai wajib membayar semua caj termasuk kos
penyelenggaraan, sinking fund, kos insuran premium bagi bangunan, caj interest
tunggakan, penalti, kos-kos pembaikpulih yang dikongsi bersama dan kos-kos yang
diluluskan oleh mesyuarat agung tahunan.
2. INVOIS: Invois tahunan
menyatakan bayaran bulanan dikeluarkan sekali setahun pada Januari tahun baru
dan invois tambahan untuk caj-caj lain termasuk caj bekalan air, penalti, caj
interest, caj insuran akan dikeluarkan bila caj wujud dan dibilkan kepada
pemilik unit. Bayaran bulanan dan invois tambahan perlu dibayar dalam masa 14
hari selepas invois dikeluarkan. Kegagalan membayar dalam tempoh yang
ditetapkan dan jumlah tunggakan akan dicaj interest dengan kadar 10% setahun
seperti yang termaktub dalam akta 757.
3. NOTIS 1 – NOTIS TUNTUTAN BAYARAN: Jika pemilik
unit apartmen dan kedai gagal membayar semua caj dan tunggakan bagi setiap unit
melebihi TIGA BULAN atau melebihi nilai RM400, notis tuntutan bayaran akan
dikeluarkan kepada pemilik unit apartmen dan kedai.
4. NOTIS 2 – BORANG 20: Jika pemilik unit kedai dan
apartmen gagal membuat bayaran dan menyelesaikan tunggakan dalam masa 14 hari
dari notis tuntutan bayaran, notis akhir (borang 20) akan dikeluarkan kepada
pemilik unit apartmen dan kedai.
5.
NOTIS COB – Pengeluaran
Notis Peringatan Tunggakan Caj: Jika pemilik
unit apartmen dan kedai gagal membuat bayaran dan menyelesaikan tunggakan dalam
masa 14 hari, permohonan ke Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPSJ untuk
mengeluarkan notis COB kepada pemilik unit apartmen dan kedai.
6. TRIBUNAL – PROSES MAHKAMAH: Jika pemilik unit kedai dan apartmen gagal membuat
bayaran dan menyelesaikan tunggakan dalam masa 14 hari dari notis COB, akan difail
ke COB untuk mendapat perintah mahkamah tribunal. Segala kos berkenaan dengan
pengurusan mahkamah tribunal termasuk kos pendaftaran kes akan ditanggung oleh
pemilik berkenaan. Kos tersebut akan dicaj ke akaun pemilik.
7. Notis-notis
akan dikeluarkan kepada pemilik yang ada tunggakan.
8. Notis-notis
mesti disampaikan kepada pemilik seperti berikut dan bukti panyampaian notis
disimpan:
a) Serahan
tangan - notis diserah kepada pemilik sendiri
b) Pos
surat berdaftar ke alamat yang terakhir dalam rekod sistem
c) Menampal
notis di depan unit pemilik
9. Cara Penyelesaian / Borang
Akujanji - Jika pemilik hadir di pejabat pengurusan untuk bincang
cara penyelesaian tunggakan dan setuju untuk bayar secara ansuran bulanan.
Minta pemilik isi borang akujanji dengan lengkap. Borang yang siap diisi akan
disemak dan diluluskan oleh pengerusi atau wakilnya. Pemilik akan diberitahu
tentang keputusan permintaan bayaran secara ansuran. Rujuk kepada tatacara di bawah.
10.Bayaran Ansuran Bulanan - Selepas
menandatangani borang akujanji dan mendapat kelulusan pihak pengurusan, pemilik
wajib membuat bayaran ansuran secara bulanan seperti yang dijanjikan. Jika
pemilik gagal menepati akujanji yang dibuat, pihak pengurusan berhak mengambil
tindakan yang sewajarnya termasuk proses perundangan.
Tatacara Surat Akujanji Untuk Bayaran Ansuran Oleh Pemilik
i) Jika pemilik menyelesaikan tunggakan yang ada,
tiada tindakan lanjutan.
ii) Jika pemilik datang ke pejabat, berbincang dan
meminta tunggakan dibayar secara ansuran bulanan, beri borang akujanji untuk
diisi dan ditandatangan oleh pemilik.
iii) Ansuran perlu dibayar secara bulanan dengan
syarat kos bulanan semasa perlu dibayar dulu / pada masa yang sama.
iv) 5% dari jumlah tertunggak atau minimum RM100
sebulan, mengikut mana yang tinggi, perlu dibayar secara ansuran untuk jumlah
yang tertunggak
v) Jika pemilik tidak mampu bayar seperti (iii)
atau / dan (iv), pemilik berkenaan perlu cadangkan jumlah yang boleh dibayar setiap
bulan dan akan dirujuk kepada Pengerusi untuk kelulusan.
Merujuk kepada seksyen 78, Akta Pengurusan
Strata (Akta 757):
Mana-mana
pemilik yang, tanpa alasan yang munasabah, tidak mematuhi notis bertulis di
bawah subseksyen 78(i), melakukan satu kesalahan
dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, didenda
selanjutnya tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari atau
sebahagiannya kesalahan berterusan selepas disabitkan.
根据分层地契管理法令第78条(法令757):
任何公寓业住,在没有适当的理由下,没有付还在管理委会在第78(i)法令下发出追收欠款通知,是犯了刑事法,一旦定罪,可以被罚款不超过马币5000或坐牢不超过三年或两者兼施。如果被定罪后还继续犯法,将被法庭罚款每天马币50直到解决为止。
Comments
Post a Comment