Prosedur Operasi Standard Pengurusan Wang Tunai
Red Ruby Apartment 1 Management Corporation
Lampiran 1
Prosedur
Operasi Standard Pengurusan Wang Tunai
– Hasil
Kutipan Dan Perbelanjaan
A)
Hasil Kutipan Wang Tunai Dan
Cek
1.
Resit mesti
dikeluarkan untuk semua kutipan tunai dan cek dengan segera.
2.
Semua kutipan tunai selepas
bayaran tunai dan cek perlu dimasukkan ke dalam bank akaun bpb pada hari kedua. Tunai digenapkan ke RM10 terdekat dimasukkan,
baki kurang dari RM10 dibawa dan dicampur kepada kutipan hari kedua.
3.
Resit kemasukan wang
dan cek mesti difotokopi dan difail di pejabat urusan pada hari kedua.
B)
Pembayaran Wang Tunai Dan Cek
4. Semua bayaran tunai bagi invois dengan
nilai kurang dari RM200 bagi gunakan
kutipan wang tunai pada hari berkenaan. Jika tiada invois, penerima mesti
tandatangan dan tulis nama / No KP / No paspot di baucar bayaran. Baucar
bayaran berserta invois perlu disediakan untuk kelulusan pengerusi.
5. Semua bayaran tunai dengan nilai RM200 ke atas perlu mendapat kelulusan
pengerusi sebelum bayaran atau kerja boleh dimulakan. Baucar bayaran berserta
invois perlu disediakan untuk kelulusan pengerusi sebelum cek ditandatangan dan
dibayar.
6. Semua bayaran dengan nilai RM500 ke atas perlu menggunakan cek dan
mendapat kelulusan pengerusi sebelum bayaran atau kerja boleh dimulakan. Baucar
bayaran berserta invois perlu disediakan untuk kelulusan pengerusi sebelum cek
ditandatangan dan dibayar.
C)
Pengurusan wang tunai dan aliran wang masuk /
keluar akaun bank
7. Satu excel Buku Tunai dan carta aliran wang
masuk dan keluar secara tunai ataupun bank perlu disediakan untuk semakan Bendahari
dan Pengerusi.
8. Buku Tunai perlu disediakan pada hari
ketiga selepas bulan akhir dan satu salinan diberi kepada Bendahari dan
Pengerusi.
9. Selepas menerima penyata bank bulanan pada
tengah bulan, buat pelarasan yang perlu dan cash book yang muktamad bagi bulan
tersebut disediakan dan salinan diberi kepada Bendahari dan Pengerusi pada hari
ketiga.
10.Jika terdapat kesilapan dan
ketidakseimbangan di antara cash book dan penyata bank, perlu berbincang dengan
Bendahari dan Pengerusi untuk menyelesaikannya.
Nota
Penting
i)
Untuk dilaksanakan selepas mesyuarat pada
15/2/2020 dan mengganti arahan sementara digunakan pada 14/01/2020
Comments
Post a Comment