20201115 Berita 4: Perbadanan Pengurusan Permata Merah Satu (PPPM1) dari AJK

 Berita 4: Perbadanan Pengurusan Permata Merah Satu (PPPM1) dari AJK

AJK PPPM1 yang dibentuk sejak 04 Jan 2020 telah menjalankan tugas selama sepuluh bulan, dengan kerjasama pemilik-pemilik unit dan agen pengurusan Emoltech, AJK ingin melaporkan perkembangan dari bulan Sep ke 15 Nov berkenaan dengan pentadbiran PPPM1.


a)   Perkara-perkara yang telah siap dijalankan:

i)     Bil tunggakan air telah dibayar sepenuhnya.

ii)    Satu tong sampah besar (1500 liter – RM1,450) telah dibeli untuk mengganti tong sampah besar yang rosak di bilik sampah di antara blok C & D pada 27/10/2020.

iii)   Pelaksanaan borang kad akses bagi tempat letak kereta tingkat bawah mulai 27/10/2020, semua pemilik perlu mendaftar.

iv)   Pelaksanaan borang pindah rumah (keluar/masuk) bagi penghuni apartmen mulai 27/10/2020

v)    Pelaksanaan borang kerja renovasi rumah / kedai bagi pemilik apartmen mulai 27/10/2020

 

b)   Perkara-perkara yang masih dalam proses diselesaikan:

i)  Bil tunggakan eletrik bagi jalan lampu sehingga bulan Okt 2020 adalah sekitar RM5,420. Setelah menghubungi pemaju SHL dan MPSJ beberapa kali, surat pindah tugas dari pemaju SHL kepada MPSJ belum dikeluarkan. Dengan itu, AJK telah membuat keputusan untuk menutup akaun TNB bagi jalan lampu atas nama BPB Permata Merah 1 (entiti lama) dan tunggakan bil akan diselesaikan kelak. Surat penutupan akaun jalan lampu telah dihantar kepada pejabat TNB.

 

ii) Proses penukaran nama bagi bil Air Selangor masih dalam proses diuruskan.

 

iii)      Proses penukaran nama dan menukar ke pakej yang lebih rendah bagi bil unifi TM masih dalam proses diuruskan.

 

iv)      Penyata akaun tahun 2019 dan tahun sebelumnya – AJK telah meminta Emoltech sebagai agen pengurusan dari tahun 2008 sehingga kini mengemukakan penyata-penyata tahun yang lepas dan invois-invois berkenaan.

 

v)       Status bayaran yuran sehingga 31/10/2020 bagi 256 unit:

Kategori

Jumlah pemilik

Komen

i)             Membuat bayaran penuh atau bayaran “advance”

116

Terima kasih!

ii)            Membuat bayaran dan baki tunggakan < RM400

85

Sila bayar ikut jadual

iii)           Baki tunggakan > RM400

55

Rujuk (v) di bawah

iv)           Jumlah pemilik (i) – (iii)

256

 

v)            Analisis kategori (iii)

 

 

a.    Membuat akujanji dan bayaran secara ansuran

9

Sila bayar ikut jadual

b.    Membuat bayaran tapi tiada akujanji

13

Sila bayar min 2 bulan setiap bulan

c.    Membuat bayaran sebahagian / bil air

13

Surat tuntutan akan dikeluarkan

d.    Masih belum buat bayaran

20

Surat tuntutan akan dikeluarkan

 

*Senarai pemilik yang ada tunggakan RM400 dan ke atas telah dipapar di papan notis. Sila pemilik hadir di pejabat pengurusan untuk membuat bayaran segera.

 

c)   Status kewangan dari 01.01.2020 sehingga 31.10.2020 (anggaran):

Bulan             kutipan          perbelanjaan (RM)

Jan-Mar         76,165           84,434

Apr-Jun         102,400         78,463

Jul-Sep          78,205           77,735

Okt                25,656           25,614

Lain-lain              712           -

Jumlah          283,138       266,246

 

d)   Bank / tunai pada 01.01.2020                          RM   14,288

Jumlah kutipan sehingga 31.10.2020                            283,138

Jumlah perbelanjaan sehingga 31.10.2020                   266,246-

Anggaran Baki / tunai pada 31.10.2020                         31,180

 

e)   Invois yang belum dibayar 2/11/2020: RM28,118

i)             Bil TNB 2/11/2020                           – RM4,724

ii)            Bil TNB (Untuk Lampu Jalan)     – RM5,419 (akaun ditutup 30/10)

iii)           Bil Syabas                                        – RM2,172

iv)           Bil Emoltech (agen pengurusan)bulan Okt 2020–RM15,000

v)            Bil IWK                                              - RM2,785

vi)           Bil TM                                                - RM190

 

f)    Perkara-perkara yang perlu diurus oleh pemilik apartmen

i)             Geran unit apartmen – sekiranya pemilik belum mendapatkan geran, pemilik perlu mengurus dengan segera kerana dengan pembentukan Perbadanan Pengurusan (PPPM1) pemaju Sin Heap Lee tidak lagi menjadi sebahagian dari AJK. Kelewatan untuk mengurus geran unit apartmen akan menjadi lebih rumit pada masa depan dengan kos tinggi.

 

ii)            Migrasi air meter dari PPPM1 ke Air Selangor

AJK mendapati dari 256 unit (224 rumah + 32 kedai), jumlah 118 unit (105 rumah + 13 kedai) belum memohon untuk migrasi air meter. AJK meminta pemilik berkenaan menghubungi pejabat pengurusan untuk urusan migrasi.


AJK mendapati 8 pemilik unit belum menjelaskan tunggakan caj air berjumlah RM2,603 pada 31/10/2020 bagi tahun 2019 dan sebelumnya.

 

iii)           Caj pembetungan Indah Water Konsortium (IWK)

Dengan penyelesaian caj pembetungan 32 unit kedai menerima invois tunggakan dari IWK, AJK ingin memberitahu bahawa isu caj pembetungan telah diselesaikan. Sekiranya pemilik rumah dan kedai tidak menerima invois atau ada sebarang isu, pemilik perlu berurusan dengan IWK untuk penyelesaian.

 

iv)           Pelaksanaan Cukai Petak sejak tahun 2018

Dengan pelaksanaan cukai petak mengganti cukai tanah, invois cukai petak dikeluarkan oleh pejabat tanah Petaling kepada pemilik unit. Sekiranya pemilik tidak menerima invois dan tidak ada invois lama, pemilik boleh menyemak dengan pejabat pengurusan untuk mendapatkan salinan invois lama (jika ada) bagi membolehkan pemilik membuat bayaran secara dalam talian atau membuat pertanyaan di pejabat tanah Petaling.

 

AJK mendapati 17 pemilik apartmen belum menjelaskan cukai tanah sebelum tahun 2018 dengan PPPM1 berjumlah RM1,827 pada 31/10/2020.

 

v)            Cukai Pintu

Invois cukai pintu dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dua kali setahun iaitu bulan Januari dan Julai. Pemilik perlu membuat bayaran kepada MPSJ.

 

vi)           Insuran Bangunan

Merujuk kepada Akta Pengurusan Strata (Akta 757), semua bangunan apartmen wajib diinsurankan dengan insuran kebakaran. Dimaklumkan bahawa insuran baru telah dibeli pada 1 Mar 2020 sehingga 28 Feb 2021. AJK sedang berurusan dengan agen insuran untuk mengkaji nilai bangunan yang perlu diinsurankan bagi tahun berikutnya.


Dimaklumkan bahawa kebakaran di satu unit kedai di blok A pada tahun 2016 telah membolehkan tuntutan bayaran gantirugi dan syarikat insuran telah membayar gantirugi untuk membaiki kerosakan akibat dari kebakaran. 

 

AJK mendapati 35 pemilik unit apartmen belum menjelaskan caj insuran tertunggak dengan PPPM1 berjumlah RM10,150 pada 31/10/2020.

 

vii)          Yuran bulanan

Merujuk kepada Akta Pengurusan Strata (Akta 757), PPPM1 telah dibentuk dan kerja-kerja pengurusan, pembersihan, baikpulih, kawalan keselamatan dan sebagainya adalah dikawal selia oleh AJK yang dipilih dari semua pemilik yang cukup syarat untuk menghadiri mesyuarat agong tahunan.

 

Sejak tahun 2008, Emoltech telah dilantik oleh BPB sebagai agen pengurusan dan kontraknya telah disambung selama dua tahun pada Jun 2020. Fi bulanan RM15,000 dibil oleh agen pengurusan kepada PPPM1.

 

Dengan itu, pemilik unit wajib untuk membayar yuran bulanan yang diluluskan oleh mesyuarat agong tahunan.

 

AJK mendapati 32 pemilik unit apartmen belum menjelaskan yuran bulanan tertunggak berjumlah RM114,511 pada 31/10/2020 bagi tahun 2019 dan sebelumnya.

 

Secara keseluruhan, sehingga 31/10/2020, dengan kerjasama agen pengurusan dan pemilik dalam beberapa initiatif dan kemudahan, AJK telah mengurangkan jumlah pemilik yang ada tunggakan dari 228 unit ke 43 unit bagi tunggakan sehingga 31/12/2019.


Bagi tahun 2020, sehingga 31/10/2020, jumlah pemilik yang ada tunggakan semasa ialah 160 unit dengan jumlah tunggakan RM53,577.


Seruan AJK:

Dengan itu, AJK menyeru pemilik yang ada tunggakan yuran bulanan, caj insuran, cukai tanah, bil air membuat bayaran di pejabat pengurusan dengan segera. AJK juga menyediakan pakej bayaran secara ansuran bulanan sekiranya pemilik tidak dapat membayar tunggakan sekali gus. Ini akan mengurangkan beban hutang pemilik dan juga mengelakkan AJK untuk mengambil tindakan seterusnya yang akan memakan masa dan wang yang banyak bagi pemilik, agen pengurusan dan AJK PPPM1.

 

g)  Bajet yuran bulanan yang diekstrak dari servis dokumen pada tahun 2008 dan perbandingan dengan kutipan dan perbelanjaan semasa Jan-Sep 2020

Bajet perbelanjaan yang dicadangkan dengan kadar 10 sen kaki per segi sebagai permulaan untuk yuran bulanan pada tahun 2008 dengan pembentukan JMB/BPB (Joint Management Body / Badan Pengurusan Bersama).

 

Bajet Tahunan 2008: purata kos sebulan RM23,791

Pengurusan, penyelenggaraan, pembersihan

dan keselamatan                                    – RM181,288 (63.50%)

Utiliti (TNB)                                          – RM72,800 (25.50%)

Sampah pukal                                        – RM2,855 (1.00%)

Petty cash                                              – RM5,710 (2.00%)

Sinking fund                                         – RM22,839 (8.00%)

Jumlah                                                 – RM285,492 (100.00%)

 

Perbelanjaan semasa : Jan - Sep 2020 (9 bulan) –purata sebulan RM23,355

Pengurusan, penyelenggaraan, pembersihan

dan keselamatan                                    – RM135,260 (64.35%)

Utiliti (TNB)                                         – RM62,057 (29.52%)

Kos baikpulih                                       – RM8,416 (4.00%)

Bekalan pejabat / dll                            – RM4,463 (2.12%)

Jumlah                                               – RM210,196 (100%)


Anggaran kutipan semasa adalah sekitar 80% iaitu RM23,791 x80%=RM19,032

Purata perbelanjaan semasa jauh lebih tinggi dari kutipan semasa. Oleh itu, defisit ini dibiayai melalui kutipan tunggakan hutang dan sinking fund.

 

Memandangkan bajet pada tahun 2008 tidak lagi dapat memenuhi perbelanjaan semasa dan penggunaan wang sinking fund tidak mengikut akta 757 walaupun kutipan 100% dari pemilik, AJK akan membuat cadangan kadar baru untuk dibentangkan di mesyuarat agong depan untuk mendapat kelulusan.

 

h)  Status Borang Aduan yang diterima – 31/10/2020

Jumlah aduan diterima                                   = 62

Jumlah aduan diselesaikan                             = 34

Jumlah aduan dalam proses penyelesaian      = 28

 

AJK menyeru agar semua pemilik membuat bayaran mengikut jadual / awal supaya agen pengurusan dibayar dan akan menjalankan tugas dengan lancar.

 

“KITA BERUSAHA SAMA-SAMA UNTUK TINGKATKAN KUALITI HIDUP DI APARTMEN KITA”

 


Pengerusi Perbadanan Pengurusan Permata Merah 1 

15/11/2020

 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 

红宝石公寓1简报快讯4

 

至今年十月,本管委会委员已上任十个月。各单位业主和管理公司的配合,我们已处理了一些重要事项。关于已处理好的事项和在处理中的事项,请参阅以上国文版(a)(b)的部份。

 

(c) 首十个月的收入支出表:

月份                      收入            支出 (RM)

一月至三月           76,165       84,434

四月至六月          102,400      78,463

七月至九月          78,205       77,735

十月                     25,656        25,614

其他                           712               -

总共                   283,138     266,246

 

(d)     银行存款/现金01.01.2020        RM    14,288

首十个月收入 31.10.2020           283,138

首十个月支出 31.10.2020                         266,246-

银行存款/现金 31.10.2020                          31,180

 

(e) 02/11/2020需付还账单: RM28,118

i) 电费 02/11/2020              – RM4,724

ii)   电费 (路灯)                    – RM5,419 (户口已关31/10)

iii)  水费                               – RM2,172

iv) Emoltech 十月份管理费–RM15,000

v)   IWK                                - RM2,785

vi) TM                                  - RM190

 

(f) 业主须注意事项

请参阅国文版(f)部份。


(g) 2008年定管理费事项和今年首九个月收支比较

请参阅国文版(g)部份。

 

(h) 投诉表格报告 (维修,保安,清洁等):31/10/2020

收到表格        62

已处理表格    34

在处理表格    28

 

管委会呼吁业主们定期/预先付还管理费,以便管委会有能力付还管理公司的账单,使管理公司更能有效的管理本公寓!

 

我代表管委会向各位业主的合作至于万二分谢意!

 

红宝石1管委会主席 (2020/11/15)


****************************
Foto-foto sebahagian dari kerja baikpulih dan kerja naiktaraf 

1) Okt 2020 -  tong sampah baru dibeli mengganti tong yang rosak di bilik sampah di antara blok C dan D.


Tong Yang lama rosak


2) Nov 2020 - air masuk dari dinding planter box ke unit kedai BG 7/8

Kerja membuang tanah dalam planter box berkenaan untuk mengelakkan air kumpul dalam tanah dan masuk ke kedai. Kerja baikpulih diambil selepas berbincang dengan kontraktor dengan kelulusan AJK.



3) SEP 20 - CCTV telah dibaikpulih dan beroperasi semula


4) sep 20 - bonggol jalan di depan pintu masuk ke kawasan letak kereta dibina oleh MPSJ dan cermin di pasang. Pegawai MPSJ datang membuat tinjauan dan pasti ikut garis panduan MPSJ





5) Nov 20 - lantai kotor dan berlumut dicuci



Lantai dicuci bersih


6) Nov 20 - paip utama untuk air kotor Di Blok D-1-4 bahagian bawah tersumbat sehingga air kotor melimpah masuk balkoni akibat sampah dibuang ke dalam paip dari unit di atas.
Kerja baikpulih dan pembersihan dijalankan.





Comments

Popular posts from this blog

办理婚姻注册流程

屋子转名给亲人自己办

2019/06/29 -3.5小时安顺河游及观赏百鸟归巢,Bagan Datok, Teluk Intan & Langkap 2天游