20200901 Berita 3: Perbadanan Pengurusan Permata Merah Satu (PPPM1) dari AJK

 Berita 3: Perbadanan Pengurusan Permata Merah Satu (PPPM1) dari AJK

红宝石公寓1管理委员会快讯3


AJK PPPM1 yang dibentuk sejak 04 Jan 2020 telah melalui tempoh tujuh bulan, dengan kerjasama pemilik-pemilik unit dan agen pengurusan Emoltech, AJK ingin melaporkan perkembangan terkini berkenaan dengan pentadbiran PPPM1.

 

a)   Perkara-perkara yang telah siap dijalankan:

i)    Sijil Perbadanan Pengurusan Permata Merah 1 (PPPM1) telah diambil dari pejabat tanah Petaling pada 13 Jun 2020. Saya ingin memaklumkan bahawa sijil ini telah didaftarkan pada 19 April 2011! Dengan ini, BPB Permata Merah Satu telah diganti dengan entiti baru PPPM1.

 

ii)   Permohonan akaun baharu di Public Bank telah dijalankan pada 19 Jun 2020 dan kelulusan telah diterima pada 16 Julai 2020. Akaun baharu - PBDN PGSN PERMATA MERAH1, dengan nombor akaun 32178 04107 telah diberi oleh Public Bank. Pemilik unit yang membuat bayaran secara online atau cek perlu menggunakan akaun baharu mulai 20 Julai 2020 (Notis telah dikeluarkan pada 20 Julai 2020). Akaun lama telah ditutup, AJK lama yang menjadi penandatangan telah diberitahu untuk hadir di bank untuk urusan tutup akaun lama dan baki wang dalam akaun lama akan dipinda ke akaun baharu.

 

iii)  Kontrak servis agen pengurusan Emoltech telah dilanjutkan selama dua tahun dengan kelulusan AJK mulai 01 Julai 2020 dengan harga RM15,000 sebulan. Harga kontrak servis sebelum tahun 2020 ialah RM15,260.

 

iv)   Borang aduan baharu diaktifkan dan pemilik perlu mengisi borang aduan bagi membuat laporan isu atau hal berkenaan pengurusan, kebersihan, keselamatan, baikpulih dan sebagainya di pejabat pengurusan. Agen pengurusan akan meneliti dan menyiasat aduan yang diterima dan melaporkan aduan yang memerlukan kerja baikpulih kepada AJK untuk kelulusan setelah perbincangan diadakan.

 

v)   Bil tunggakan bagi eletrik pada 1 Jan 2020 dengan jumlah melebihi RM20,000 and bil eletrik bulanan sekitar RM5,000 telah dijelaskan. Jumlah wang yang dibayar kepada TNB dari Jan ke Julai adalah sekitar RM53,000.


vi)  Nama akaun bil eletrik telah ditukar dari BPB Permata Merah Satu ke PPPM1 di bulan Julai 2020.

 

vii) Bil IWK untuk 32 unit kedai setakat Jun 2020 dengan jumlah sekitar RM70,000 dibil kepada BPB Permata Merah 1. AJK telah kemukakan dokumen yang diminta oleh IWK pada bulan Feb 2020. IWK melalui emel pada 30/7/2020 telah memaklumkan bahawa bil tunggakan dari Jun 2009 sehingga Ogos 2020 sebanyak 135 bulan dengan caj bulanan RM26, jumlah RM3,510 satu unit kedai akan dikeluarkan kepada pemilik kedai. AJK telah mengeluarkan surat untuk memberitahu pemilik kedai pada 15 Ogos 2020.


viii) Notis kenderaan masuk ke kawasan Boulevard apartmen telah dikeluarkan pada awal bulan Ogos dan guard keselamatan wajib mencatit butir-butir kenderaan dan pemandu masuk ke kawasan Boulevard and juga nama dan butir penghantar barang atau makanan ke unit apartmen. Ini akan memastikan kita ada rekod keluar masuk supaya sebarang kejadian yang tidak diingini dapat dikesan dengan cepat bila kita melapor kepada pihak berkuasa atau tanggungan dan tanggungjawab dapat dipasti dengan betul.

 

ix) Akaun emel baharu untuk PPPM1 telah dibentuk pada 16 Jun 2020 -  MgtCorpRR1@gmail.com, sila guna akaun emel baharu untuk berurusan dengan agen pengurusan Emoltech.

 

b)   Perkara-perkara yang masih dalam proses diselesaikan:

i)Bil tunggakan eletrik bagi jalan lampu sehingga Jul 2020 adalah sekitar RM5,300. Bil ini dalam proses diselesaikan dan urusan memindah tanggungjawab dari BPB Permata Merah 1 (entiti lama) ke MPSJ akan dijalankan.

 

ii) Bil tunggakan air telah dikurangkan secara bulanan, baki sehingga 24/7/2020 sekitar RM3,000 dan selepas itu proses tukar nama akan dijalankan.

 

iii)Penyata akaun tahun 2019 dan tahun sebelumnya – AJK telah meminta Emoltech sebagai agen pengurusan dari tahun 2008 sehingga kini mengemukakan penyata-penyata tahun yang lepas dan invois-invois berkenaan.

 

iv)Permohonan telah dihantar ke MPSJ untuk membina dua bonggol jalan di sebelah kiri dan kanan hujung jalan di bahagian kereta keluar dan masuk ke kawasan letak kereta di tingkat bawah. 


v) Selaras dengan Akta Pengurusan Strata (Akta 757), AJK telah mengeluarkan surat tuntutan kepada 79 pemilik unit yang ada tunggakan yuran sehingga 30/06/2020 melebihi RM400. Ramai pemilik telah membuat bayaran dan jumlah tunggakan telah berkurangan.

   

v)   Analisis yuran tunggakan dan semasa – 31/07/2020

 

*Yuran tunggakan 31.12.2019

Caj interest sehingga 31.12.2019

*Yuran semasa 01.01.2020 – 31.07.2020

Baki 1/1/2020

199,530

87,998

 

Yuran semasa

 

 

182,447

Kutipan yuran

66,115

 

142,588

*Caj Interest dikecualikan

 

19,233

 

Baki 31/7/2020

133.415

68,765

39,859

Jumlah

242,039

 

*Caj interest dikecualikan telah diluluskan dalam mesyuarat AJK ketiga pada 16hb Mei 2020 dan notis telah ditampal di papan notis. Pemilik unit yang tiada tunggakan yuran dikecualikan dari caj interest terkumpul sehingga 31/12/2019. Caj interest yang telah dibayar sebelum 31/12/2019 tidak akan dipulangkan. Pemilik yang telah memohon untuk membayar secara ansuran melalui borang akujanji dan telah diluluskan oleh AJK akan dikecualikan caj interest jika yuran tunggakan diselesaikan di masa depan seperti yang dijanjikan.

 

*Yuran termasuk caj penyelenggaraan, sinking fund, bil air, insuran, penalti, cukai tanah lama dan lain-lain.

 

vi) Status bayaran yuran sehingga 31/07/2020 bagi 256 unit:

Kategori

Jumlah pemilik

Komen

i)             Membuat bayaran penuh atau bayaran “advance”

93

Terima kasih!

ii)            Membuat bayaran dan baki tunggakan < RM400

118

Sila bayar ikut jadual

iii)           Baki tunggakan > RM400

45

Rujuk (v) di bawah

iv)           Jumlah pemilik (i) – (iii)

256

 

v)            Analisis kategori (iii)

 

 

a.    Membuat akujanji dan bayaran secara ansuran

9

Sila bayar ikut jadual

b.    Membuat bayaran tapi tiada akujanji

5

Sila bayar min 2 bulan setiap bulan

c.    Membuat bayaran sebahagian / bil air

16

Surat tuntutan kedua dikeluarkan

d.    Masih belum buat bayaran

15

Surat tuntutan kedua dikeluarkan

 

c)  Status kewangan 01.01.2020 sehingga 31.07.2020:

Bulan             kutipan           perbelanjaan (RM)

Jan-Mar         76,772            84,434

Apr-Jun          102,503          78,463

Jul                   29,815            29,975

Jumlah           209,090          192,872

 

d) Bank / tunai pada 01.01.2020        RM 14,288

Jumlah kutipan sehingga 31.07.2020     209,090

Jumlah perbelanjaan sehingga 31.07.20 192,872-

Anggaran Baki / tunai pada 31.07.20  30,506

 

e)   Invois yang belum dibayar 31/07: RM27,900

i)     Bil TNB 31/07/2020                      – RM4,600

ii)    Bil TNB (Untuk Lampu Jalan)         – RM5,300

iii)   Bil Syabas 24/07/2020                 – RM3,000

iv) Bil Emoltech (agen) Jul 2020–RM15,000

 

fStatus Borang Aduan yang diterima – 18/08/2020

Jumlah aduan diterima                                = 38

Jumlah aduan diselesaikan                         = 18

Jumlah aduan dalam proses penyelesaian = 20

 

AJK menyeru agar semua pemilik membuat bayaran mengikut jadual / awal supaya agen pengurusan boleh menjalankan tugas dengan lancar.

 

“KITA BERUSAHA SAMA-SAMA UNTUK TINGKATKAN KUALITI HIDUP DI APARTMEN KITA”

 

limchubeng

Pengerusi, En Lim Chu Beng

01/09/2020

********************************** 

Perjalanan ke Badan Pengurusan Bersama (BPB/JMB) ke Perbadanan Pengurusan (PP/MC) 

红宝石公寓1管理层提升进程

 

 Tahap 阶段

 Status perkembangan 管理委会进展

 Tahap 1 第一阶段

Sebelum tahun 2008, pembeli membeli unit dan menjadi pemilik, Pemaju SHL urus,kutip caj dan bayar invois. 2008年前,买者成为业主发展商管理,收费和管理公寓。

 Tahap 2 第二阶段

 Pemilik dan Pemaju membentuk JMB (BPB)  (SK003929/11/2008). untuk mengurus bersama. dan AJK dipilih untuk urus, agen emoltech dilantik mengurus. 发展商和业主成立共同管理委会管理,委任emoltech 为管理公司负责收支管理费,保安和清洁。

 Tahap 3 第三阶段

AGM pada 4/1/2020 memilih AJK baharu dan MC (PP) dibentuk (SEL4780/11, 19/4/2011). Pengurusan apartmen di bawah pemilik sepenuhnya dengan pengunduran pemaju SHL. Agen emoltech dilantik mengurus 4/1/2020. 业主大会后选出新的管理委会,委任emoltech 为管理公司负责收支管理费,保安和清洁。发展商已不在是管理委会的一部分!

Tahap 4 (kekal) 第四阶段 (最后阶段)

MC telah dibentuk dan diurus sepenuhnya oleh pemilik unit. AJK baharu perlu dipilih dari pemilk dalam AGM pada setiap tahun. Pengurusan apartmen perlu melandaskan Akta Pengurusan Strata (Akta 757). 管理委会自己全权管理公寓,由业主在每年的业主大会选出新的业主担任理事。管理委会必须依据分层地契管理法令(法令757)来管理。



红宝石公寓1简报快讯3

 

至今本管委会委员已上任七个月。在各单位业主和管理公司的配合下,我们已处理了一些重要事项。已处理好的事项和在处理中的事项,请参阅以上国文版(a)(b)的部分。

 

(c) 首七个月的收入支出表:

月份                      收入            支出 (RM)

一月至三月           76,772       84,434

四月至六月          102,503     78,463

七月                      29,815       29,975

总共                    209,090     192,872

 

(d)     银行存款/现金01.01.2020   RM    14,288

         首七个月收入 31.07.2020           209,090

         首七个月支出 31.07.2020           192,872-

         银行存款/现金 31.07.2020           30,506

 

(e) 31/07/2020需付还账单: RM27,900

i) 电费 31/07/2020            – RM4,600

ii)   电费 (路灯)                    – RM5,300

iii)  水费 24/7/2020             – RM3,000

iv) Emoltech 七月份管理费–RM15,000

 

(f) 投诉表格报告 (维修,保安,清洁等):18/08/2020

收到表格              38

已处理表格          18

在处理表格          20

 

管委会呼吁业主们定期/预先付还管理费,以便管理公司能更有效的管理本公寓!

 

管委会主席林珠明 (2020/09/01)

Nota - semua angka adalah anggaran terbaik        全部数目是最新预测

+++++++++++++++++++++++++++

a) Kerja baik pulih dinding masuk air di enam unit dijalankan pada awal ogos 2020







b) Kerja baikpulih paip angin atas bumbung pada bulan Jun 2020






C) Kerja baik pulih paip bocor di tingkat bawah blok A pada bulan Mar 2020




d) kerja baikpulih siling pecah di tepi bumbung D-4-1 pada Feb 2020


Comments

Popular posts from this blog

办理婚姻注册流程

屋子转名给亲人自己办

2019/06/29 -3.5小时安顺河游及观赏百鸟归巢,Bagan Datok, Teluk Intan & Langkap 2天游