Panduan Panggilan telefon & Perbualan dengan pemilik berkenaan pembayaran tunggakan

Persediaan:
1. Cetak senarai tunggakan bagi unit yang ada tunggakan melebihi RM400 – 79 unit
2. Cetak senarai tunggakan bagi semua unit untuk rujukan dan butir2
3. Cetak senarai nombor telefon pemilik

Panduan menelefon / perbualan:
4. Menelefon pemilik, beritahu jumlah tunggakan sehingga 31/3/2020
5. Jika pemilik tak jawab selepas buat panggilan 3 kali atau nombor tak dapat dihubungi, kemaskini dan komen - tak jawab /tak dapat hubung/nombor salah
6. Bila pemilik dihubungi dan perlu butir tunggakan, rujuk senarai 2 dan bagi butir2
7. Minta pemilik datang ke pejabat untuk bayar atau bayar online dan hantar resit
8. Jika pemilik tak mampu bayar semua, beritahu pemilik boleh bayar  secara ansuran bulanan
9. Untuk bayar ansuran, minta pemilik isi borang ansuran aka borang akurjanji dan tandatangan. Minta pemilik datang atau emel borang kepada pemilik
10. Bayaran ansuran perlu dibayar secara bulanan dan sekurang-kurangnya jumlah kos penyelenggaraan 2 bulan atau 5% jumlah tunggakan
11. Jika pemilik enggan bayar, beritahu tindakan akan diambil termasuk membawa pemilik ke mahkamah tribunal dengan MPSJ berdasarkan akta 757 (akta pengurusan strata).
12. Selepas berbual dengan pemilik, tulis komen /maklumbalas dalam senarai yang disediakan

13. Jika pemilik datang ke pejabat dan bayar sebahagian kos (bil air etc) seperti biasa, beritahu pemilik jumlah tunggakan seperti nombor panduan 6 hingga 11.

14. Selepas menghubungi ke semua 79 pemilik unit, beri maklumbalas kepada saya

Comments

Popular posts from this blog

办理婚姻注册流程

屋子转名给亲人自己办

2019/06/29 -3.5小时安顺河游及观赏百鸟归巢,Bagan Datok, Teluk Intan & Langkap 2天游